Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Ali Muhammad :)
Ya rabbi, setelah sekian lama blog ini tidak diupdate. Pejam celik, pejam celik, da masuk bulan Mei dah kite. Dengan masa yang berbaki ni, banyak peristiwe telah meninggalkan kite kebelakang. Dan janji itu semakin dekat menghampiri kite.
Ape yang telah berlaku sepanjang kelopongan post ni??
Banyak.. Pahit dan manis. Itulah fitrah yang disandang pada makhluk yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi bila berada dalam satu jemaah.
Bila dikatakan Jemaah, maka penyatuan idea itu perlu. Perpecahan pasti berlaku jika tiada penyatuan.
Semua orang tahu bahawa tidak semua idea serta cadangan itu boleh approve. Maka, pasrahlah jika ideamu tidak diterima..Bersedialah untuk menerima idea dan pendapat orang lain.
Jangan gunakan emosi untuk membuat keputusan. Gunakanlah akal untuk membentuk penyatuan agar hubungan antara jemaah ini kekal erat dan kasihnya berteraskan cinta dan sayang kerana ALLAH swt.
hablum minALLAH...
Hablum minnannas...
Untuk mencapai kemanisan iman. Pasti dan pasti hubungan dengan ALLAH itu sangat perlu.
Namun..
Tahukah anda, bahawa hubungan antara manusia itu juga penting??
Sabda Rasulullah saw;
"Tidak akan masuk syurga orang yang tidak beriman. Dan tidak di kira beriman seseorang sekiranye dia tidak menyebarkan kasih sayang"
-al hadith-
Persoalannya, telah benar-benar tersebarkah kasih sayang antara kita?
'Tiadalah Islam jika ia disebarkan melalui kekerasan dan kebencian'.
WALLAHu'alam.. :)