Objekti IHRAM ialah;
3.1 Menghayati tarbiyah ramadhan iaitu merasai susah payah mereka yg menderita kelaparan
3.2 Memberikan kemahiran dan interaksi dalam menguruskan program kemasyarakatan.
3.3 Melahirkan rasa prihatin, tanggungjawab, kasih sayang dan ingin membantu golongan yang kurang
berkeupayaan
3.4 Mendedahkan ahli PEPIAS kepada persekitaran agar ahli menghayati senario lapangan sebenar.
Maka, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Antaranya ialah Aktiviti kemasyarakatan yang terbahagi kepada 3 iaitu:
- Penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf.
- Pengagihan Bubur Lambuk.
- dan Aktiviti smart solat untuk anak-anak kampung.
Begitu kuat tarbiyah yang dirasakan. Membawa diri yang hanyut selama ini untuk kembali mengetuk pintu fitrah. Agar kemenangan di AidilFITRI betulbetul mengembalikan umat ini kejalan fitrah sebenar. InshaALLAH..
Abang Zul Sempat berpesan;
"Barang siapa yg memberi mkn kpd mereka yg berpuasa, maka mendapat pahala puasa mereka yg dijamu tanpa kurang sedikit pun" - mafhum hadith..
Kefahamannya: Ramadhan bukan sekadar ibadah individu, dituntut juga utk berbakti kpd ummat.
Di zaman Nabi Khatamul anbiya' Muhammad saw, orang tua mencemuh dan menjatuhkan baginda. Namun, tidak pula pemuda. Pemudalah yang berjuang bersama baginda dan mengangkat baginda bersama kesetiaan. Ayuh pemuda, bangkit dan mengetuai barisan hadapan perjuangan!
Pada 10 malam yg terakhir ini, amatlah sia-sia jika tidak bangkit mengimarahkannya. "Carilah Lailatul Qadr pada malam yang ganjil di 10 malam yang terakhir" perkataan 'CARILAH' menggalakkan umat bangkit dengan usaha. Bukan hanya sekadar menekankan Hubungan dengan ALLAH sahaja seperti solat-solat sunat dan sebagainya. tetapi, carilah keredhaanNYA dengan hubungan sesama manusia juga iaitu dgn memperbanyakkan sedekah dan amalan-amalan baik yang lainnya.
WALLAHU 'ALAM .:)