Tuesday, February 26, 2013

Usrah #1 : Mahasiswa Mukmin

Assalamualaikum .

Maaf jika pengisian yg sy catat tidak seberapa .

Terima kasih kpd Abng Nazir kerana sudi turun ke usrah pertama kami . Semangat ingin kongsi ilmu tk dpt dibendung ye :D Semangat adik-adik PMG yg masih berkobar-kobar membuatkan bulatan gembira kami besar . Ewah rasa nak curi je sesikit smngt mereka ni .

 

Pengisian Usrah :-

1. Jangan cuba jadi orang tua  (Abang Nizal Mohamad) 
 - Sebagai mahasiswa sekaligus ingin menjadi pengajak kpd kebaikan , jgn berkelakuan sprti orng tua . Kita perlulah masuk dgn sikap rakan-rakan sebilik/sebaya . Jika kita terlalu "ini tak boleh, itu tak boleh" membuatkan orng susah nak mendekati kita .

2. Jangan jadi mahasiswa 4K . Kafe , Katil , Kelas dan Kawan

3. Antara sebab payahnya nak turun ke majlis ilmu adlh :
  - Tidak kuat aqidah

4. Dalam Islam ini ukhuwah yg hebat adlh orng yg sentiasa berlapang dada dlm setiap keadaan

5. Hebat mana pun kita , cerdik mana pun kita , tinggi mana sekalipun jawatan kita jika tak takwa , tak akan dpt jawab soalan kubur ( Skop fahami konsep takwa)

6. Rasulullah S.A.W bersabda : "Gigitlah sunnahku dengan gigi geraham mu dengan kuat"

7. Manusia ini diperbuat drpd tanah kan ? So boleh la kita ambik ibrah ni . Ada 3 jenis tanah atas muka bumi n

1) Tanah yg gersang . Kontang . Tidak langsung menerima air & memberi hasil
2) Tanah yg menakung kan air . Mendapat manfaat dr air dan menyimpannya
3) Tanah yg subur . Menerima air dan memberi hasil serta manfaat .

Tanah 1 , 2 atau 3 ? You choose :)

8. Kalau kita 4flat tapi kita tak mukmin , Allah tak balas . Perlu balance & pandai utk jadikan pointer itu sbgi dakwah

9.  Antara akhlak Rasulullah yg paling hebat adlh melebihkan orng lain dlm setiap perkara . Akhlak Rasulullah merupakan akhlak pada Al-Quran

10 . Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak termasuk dalam umatku orng yg tidak menghormati orng tua"

11. Cari redha Allah S.W.T :-
- Taat ibu bapa
- Turun jihad
- Istiqamah 

12. Ada 4 golongan manusia :-
a) Kafir - tidak ada syahadah
b) Muslim tapi a'si - Islam tapiberterusan melakukan maksiat , dosa , tak solat , tak bayar zakat
c) Muslim yang soleh - Beramal soleh tapi majoritinya dilakukan berseorangan
d) Muslim yang muslih - Muslim yg mengajak orng lain bersama melakukan amal soleh

13. Perbaharui iman setiap hari dgn kalimah 'Lailahaillallah'

Maaf atas kekurangan penjelasan . Sekadar yg mampu dan faham . Wallahua'lam :) Semoga bermanfaat



 

Wednesday, February 13, 2013

Perkampungan Menara Gading 13

Assalamualaikum

Alhamdulillah , setelah mengharungi perit jerih dan dugaan dgn penuh tabah akhirnya Persatuan Pelajar Islam Selangor dgn kerjasama beberapa pihak berjaya menganjurkan PMG kali ke-13 .

Tahniah kepada Abang Wan krna berjaya melaksanakan tugas dgn baik !
Pengarah PMG'13
Mohamad Hazwan Shah Ismail : "Kita semua merupakan KHALIFAH, semua kena tahu peranan masing-masing..semangat menyumbang kena ada..jangan jadi mahasiswa 4K iaitu kafe, katil, kuliah, kawan.

Apa yg special PMG 13 kali ni ? Sebab pengarah dia PP Shah Alam ? Oh tak :D Special sbb smngt luar biasa komiti dan fasilitator demi membantu dlm usaha melahirkan generasi Islam yg hebat pada masa akan datang . Wah !



Katanya PMG 13 ni berhantu ? Saya rasa statement tu mmng betul ! Saya yg tak join ni pun meremang bulu roma melihat semangat komiti , fasilitator dan peserta ! Ukhuwah yg terjalin sungguh kuat walaupun hanya 4 hari !


Kalau feedback drpd peserta PMG12 mengatakan bahawa 3hari 2malam tak cukup tapi PMG13 punya feedback pula kata 4hari 3malam tak cukup ? Haa masak la kita mcm ni . PEPIAS nak kena buat seminggu agaknya . Berpeluh :D

Walaupun belajar di Sabah , masih beri komitmen . Tahniah Kak Aisyah Ayu ! :)
Semoga dalam kesibukan kita menjalin ukhuwah dan bergembira tidak lupa juga pada saudara sesama Islam di Gaza , jgn terlupa utk tadah tangan utk terus mendoakan mereka .

Senyuman yg penuh kegembiraan drpd PEPIAS Pusat
 Semoga kita terus teguh memimpin tangan sahabat-sahabat yg kita jumpa di program ini ke arah menyebarkan cahaya Islam di atas muka bumi . PMG13 ini walaupun sudah usai namun perjuangan dunia luar baru bermula utk adik-adik lepasan SPM .

Legasi PEPIAS Shah Alam . Go Go Go !

 Semoga jumpa lagi di Reunion PMG ! In syaa Allah :) Wallahua'lam

Perjuangan baru bermula kan ? On your mark . Get set . Go ! Go ! Go ! PMG :)

Video Perkampungan Menara Gading 13
Persembahan Komiti PMG 13
Persembahan Fasilitator PMG13








Monday, February 4, 2013

Bagaimana Memandang kepada Pelaku Maksiat ?

23 Rabiulawal 1434 Hijrah

Ringkasan video  Al Habib Al Jufri - Bagaimanakah Cara Memadang kepada Pelaku Maksiat ?

Assalamualaikum

Sepanjang hidup kita , dengan izin-Nya pasti dibesarkan dlm keturunan yg baik-baik , suasana yg selesa . Tidak pernah merasai menjadi anak-anak lorong , merempat dan sebagainya . Sehinggakan hati kita yg berbolak balik ini menjadi angkuh , lupa . Kita semua manusia , tarafnya sama , tidak berhak membenci apatah lagi memandang hina . Nilai kita di mata Allah berbeza hanya berdasarkan takwa . Ye , takwa

Mari kita ambil ibrah drpd kisah ini :-

Seorang abid dr kaum Bani Israil yg spanjang 500tahun hidupnya hnya utk beribadah shja telah memamndang kpd seorang fasik Bani Israil yg tidak pernah taat kpd Allah . Masing-masing dtng dr arah bertentangan . Sebaik shja bertembung kedua-dua mrka memalingkan muka .

Atas sebab apa si abid berpaling dr si fasik ?Ahli ibadah ini berpaling atas keangkuhannya terhadap orng yg bermaksiat itu dan menganggap Allah tidak akan mengampuni orng itu selama-lamanya . Dia berasa dirinya bagus atas sebab ibadahnya . Sepatutny ibadah menambahkan kerendahan hati namun ibadah itu membuatkan dia angkuh dan bangga .

Namun mengapa pula si fasik itu berpaling ? Kerana si fasik malu kpd Allah Ta'ala . Dia berpaling sambil berkata
"Astaghfirullahalazim , siapalah aku ini utk berjumpa dgn orng yg baik sedangkan aku ini orng yg fasik"
Kerana si abid tadi adlh golongan bani israil yg mendapat kemuliaan krna ibadah yg dilakukan sehinggakan ada awan yg menaunginya ketika berjalan.

Namun , apabila ahli ibadah ini berpaling dr si fasik kerana sifat takabbur dan pandangannya adlh pndngn kesombongan sedangkan si fasik itu berpaling krna malu maka ketika mrka berpisah , awan yg menanungi si abid meninggalkannya lalu mengikuti si fasik dan menaunginya 
 Allahuakbar !
  
Takabbur boleh merosakkan ibadah . Jagalah hati , jagalah pandangan yg mana akn turun ke hati lalu menggelapkannya . 

Ada 3 jenis pandangan yg kita perlu niat agar dijauhkan  :-
1)  Melihat kpd aurat iaitu paa yg diinginkan oleh nafsu
2) Melihat dunia dgn pandangan kebesaran
3) Melihat makhluk Allah dgn pandangn penghinaan

3 Jenis pandangan yg mencurahkan cahaya dlm hati yg Allah benarkan utk melihatnya dgn pandangan tafakur :-
1) Pandangan kpd ibu bapa , kwn-kwn seislam , ulama-ulama' dgn pandangan kasih syng
2) Pandangan kpd pelaku maksiat dgn pandangan belas kasihan
3) Melihat orng yg taat dgn pandangan kemuliaan

Mari bersihkan hati . In syaa Allah .

Wallahua'lam :)