Friday, November 30, 2012

Induksi Pertama Pimpinan PEPIAS Cawangan Shah Alam 2012/2013

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Illahi selepas 5bulan berlalu Muktamar Agung Pertama PEPIAS Shah Alam akhirnya tercapai juga kame ke agenda kedua terpenting dalam Pimpinan PEPIAS iaitu induksi . Dihadiri oleh 9 orang pimpinan dan dua orang ahli baru yang telahpun diserap masuk ke dalam pimpinan kami :)

Seperti yang kita tahu , perkataan Induksi itu sendiri telah membawa awalan 'Induk' di mana di sini segalanya bermula . Bermula dari mengenali sesama ahli pimpinan (taaruf) dan memahami antara satu sama lain (tafahum) sebelum bekerjasama dan tolong menolong (ta awun) sepanjang masa sehinggalah mencapai tahap saling melindungi dan mendoakan sesama ahli jemaah (takaful) .

Taaruf Sampai Lebam . Bukan setakat lebam , nak pengsan sekali :D Dikendalikan oleh Saudara Azlan (Abang Lan) . 

 


Slot 30 minit bersama Presiden PEPIAS , Saudara Fawwaz .

 

Sesi bersama PC iaitu Saudara Rozaidi (Abang Edi) . Menerangkan Visi , Misi dan Halatuju PEPIAS . Aktiviti kami bersama beliau pula personality test & team binding .Siap dapat tahu warna diri masing-masing lagi !

Padah semangat sangat sorok barang >.<
Usaha berjalan dgn sempurna tanpa berlanggar :D



 Sebelah petang pula , pengalaman pertama dalam PEPIAS -- Murabbi kami , Saudara Muzakkir (Abang K) membawa kami ke tempat kuda di hujung jalan Kg. Changkat . Excited ! >.<  Jalan kaki beramai-ramai sampai hujung kampung kemudian dapat naik kuda . Worth it ! :)

Nampaknya gambar semasa di tempat kuda banyak jadi kena menunjuk la sikit kan . Jangan jealous :D 

Mesra dengan kuda sambil tunggu turn ! :)
Line up ! Lagi excited dr bebudak >.<
Farhan pun turun padang !
Abang Edi muka nak nangis naik kuda ! :D
Abang K paling excited nak naik kuda cuma tak tunjuk je :D



Syukur ke hadratNya kami berpeluang berpuasa dan berbuka bersama sempena hari Asyura (10 Muharram) , di Erra Seafood . Alhamdulillah . Segalanya berjalan lancar . Selesai kendiri , slot bersama Abng K pula . Slot yg sangat bermakna dan memberi kesan kepada kami .


Kami juga berkesempatan kembali ke zaman kanak-kanak di mana Abang K minta kami buat poster untuk Gaza menggunakan pensel warna , krayon dan sebagainya ! :D Seronok juga . 


Kemudian , bersama beberapa ahli pimpinan pusat yang sudi bersama-sama kami bergerak ke Uptown Danau Kota untuk Kutipan Sumbangan untuk GAZA . Ada satu perkara penting yang kami dapat pelajari daripada aktiviti ini .  Nak tau ? Tanyelah sesiapa yang ada bersama ketika kutipan sumbangan ini :D

Alhamdulillah ! Kutipan yang memberangsangkan dlm masa 56minit

Slot terakhir iaitu perancangan tahunan dan gerak kerja 

Bersama Pengerusi Perhubungan Shah Alam , Saudara Hazwan membincangkan gerak kerja seterusnya
Alhamdulillah . Selesai sahaja makan tengahari , solat zohor dan mengemas PULPA bersama kami pun bersurai .



Terasa perlu kami selitkan di sini . Tahniah kepada abang Kak Nani yang telah selamat diijabkabulkan . Wakil dari PULPA hadir memenuhi jemputan majlis :)

Semoga diberkati Allah :)


Di samping itu juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan pusat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung iaitu Saudara Muzakkir (Naib Presiden PEPIAS) Saudara Hafiz Shamon (Timbalan Presiden PEPIAS) , Saudara Azlan (Exco Latihan dan Kepimpinan) ) , Saudara Rozaidi (Setiausaha Agung PEPIAS) , Saudari Susilawati (Ketua Helwani) , Saudari Aida Muslihah (Naib Ketua Helwani merangkap Murabbi Shah Alam) , Saudari Nurhamizah Ghazali (Exco Perhubungan dan Informasi PEPIAS Pusat) , Saudari Sulaiha (Timbalan Setiausaha Agung PEPIAS) dan tidak lupa penampilan istimewa *cewah* induksi kami Saudara Farhan Hani yang banyak membantu :D


Sekian , Wassalamualaikum :)

Exco Perhubungan dan Informasi PEPIAS Shah Alam 

Photo courtesy from Saudara Muzakkir a.k.a Abang K :)







No comments:

Post a Comment