Ceit, ape yang ape?
Jap, nak berfikir sat.. Aku ade terbace sesuatu.
APE?
Bagos soalan tu..
Ni haa :
"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuh dengan subur tanaman di bumi kerana air itu, di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (perhiasannya) dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanaman yang sudah dituai, seakan-akan belum pernah tumbuh. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) bagi orang yang mahu berfikir." Surah Yunus, Ayat 24
Jadi, ape yang kau fikirkan selepas membaca ayat Allah ini?
Teruskan berfikir. Itu adalah kekuatan dan keistimewaan kite. Akal yang membuat kite berbeze daripade makhluk ciptaan yang lain.
Bumi ni cantik, memang tak dinafikan lagi ia sangat indah. Namun ALLAH bagitaw kite, bahawe.. segala yang cantik dan indah itu pasti akan rosak ,musnah dan lenyap satu hari nanti.
Jadi, sebagal makhluk yang ada akai, manusia sepatutnya memikirkan dan mengambil pengajaran daripada setiap kejadian dan memutuskan satu objektif rasional untuk kehidupannya.
Apa Objektif dan matlamat kehidupan anda?
"Memikir dan memahami adalah ciri keistimewaan manusia. Kalu takde sifat ni, manusie akan jadi lebih rendah daripade binatang taw."
Jadi teruskan berfikir untuk mengelakkan diri anda setaraf dengan binatang.
No comments:
Post a Comment