Wednesday, December 21, 2011

Jum Faham-Fahamkan!


ALLAH SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan ALLAH menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124 000 sayap).

Setelah itu, Jibrail telah memandang diri sendiri dan berkata; "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud; "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada ALLAH SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20 000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah-KU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-KU seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datangnya seorang nabi yang mulia dan yang paling ku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa dan serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar.

Maka demi kemuliaan-KU dan ketinggian-KU, sesungguhnya solat mereka itu lebih ku sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat itu atas arahan-KU, sedang kamu mengerjakan solat itu bukan diatas perintah-KU.

Kemudian Jibrail a.s berkata; Ya Tuhanku, apakah yang akan Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka? "

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud ; "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat Tinggal."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada ALLAH SWT untuk melihat syurga Maa'wa. Setelah Jibrail a.s mendapat keizinan, maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang.

Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehinggalah dia merasa letih dan lemah akihirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon di situ dan dia sujud kepada ALLAH SWT. Lalu ia berkata dalam sujudnya; " Ya Tuhanku, apakah sudah ku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?"

Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,  nescaya kamu tidak akan sampai kepada persepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.."

Jum kite samesame fikirkan dan usehe sekuat mungkin untuk mengerjakan suruhan-NYA! :) ALLAHUAKBAR!!

No comments:

Post a Comment