Thursday, December 27, 2012

Tangisan Kecilkuh Tiada Siapa yang tahu ='(



~ Tiada lagi kedamaian ~


Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senha pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedaimaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada Jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan.


" Dari Hati yang Kerdil ini aku berkata "


Aku lahir didunia ini ingin mendapat kasih sayang
daripada ibu-bapakuh.
Aku masih kecil, aku tidak kenal apa itu erti Cinta & Sayang.
Aku melihat orang d'sekelilingkuh,
bertempiaran melarikan diri,
Dan aku duduk seorang diri menangis & menangis.
Daripada Erti tangisan yang aku dapat keluarkan adalah AIR MATA DARAH
kerana melihat tiada siapa lagi yang mahu mendokongkuh.
SEMUANYA TELAH HILANG ='(
aku menangis & menangis kerana bunyi bising yang berada D'telinga kuh
setiap hari..
aku tidak tahu apa itu peluru,
aku tidak mengerti apa-apa
Ibu - Ayah..
Di manakah dikau..
aku takut.. mana aku mahu pergi..
aku keseorangan ='(


" Selamatkanlah saudara Islam "

" Ya Allah, Selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.... Ya Allah, berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin... Hancurkanlah Zionis Laknatullah... Amin Ya Allah... "

" Ya Allah, Kau berilah kekuatan dan kesabaran kepada saudara kami di Gaza.. kau lontarkanlah didalam dada saudara kami keberanian Saidina Umar Al-Khatab, kehebatan Khalid Al-Walid dan kemenangan Salahuddin Al-Ayubi.. Kau lontarkan ketakutan didada Musuh kami sehingga mereka berlari ketakutan... Amin Ya Allah ... "


Sunday, December 23, 2012

" Bumi Palestin "

Assalamualaikum w.b.t . .
Isu yg Ingin d'perbincangkan adalah :

Kenapa perlu selamatkan PALESTINE?

Kita perlu memahami bahawa isu Palestin adalah isu Umat ISLAM. ia adalah isu kita semua dan merupakan sebahagian dari masalah umat Islam di seluruh Dunia. ini Juga di peringatkan semula Bahawa Palestine (Al-Quds) wajib dipertahankan kerana beberapa Sebab :

1 ) Baitul Muqaddis merupakan tanah suci ketiga Umat Islam dan Al-Quds itu sendiri adalah kawasan bumi yang diberkati

2 ) Negara Israel yang dibentuk oleh Britain hasil dari Delklarasi Balfour dan persetujuan PBB ( Liga Bangsa-bangsa pada masa itu ) merupakan negara haram yang terdiri atas bumi kaum Muslimin yang dirampas.

3 ) Kaum Muslimin yang mana tanah mereka dirampas tadi dikepung, diserang dan dibunuh sedemikian rupa oleh rejim Zionis, dan di dalam Islam, terdapat Hukum Syarak yang jelas tentang apakah tugas umat Islam lain di Luar kawasan tersebut.

perkara PERTAMA :
Baitul Muqaddis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan bumi Israk Mikraj yang diberkati, yang mana dinyatakan dalam Al-Quran dan jelas iaitu dalam Surah Israk ayat pertama, Firman Allah SWT yang bermaksud.

" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (TMQ Al-Isra' (17):1]

Baitul Muqaddis merupakan tempat suci dan kiblat pertama Kaum Muslimin, Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Rasulullah diperintahkan untuk menghadap ke kiblat pertama ini. Hal ini dilakukan sehubungan dengan kedudukan Baitul Maqdis saat itu dianggap paling istimewa manakala Baitullah Masih dikotori oleh beratus-ratus berhala di sekelilingnya.

Namun menurut sebuat riwayat. Meskipun Rasulullah selalu menghadap ke Baitul Maqdis, jika berada di mekah beliau juga sellau menghadap ke Baitullah. Demikian pula setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, Beliau selalu menghadap ke Baitul Maqdis. Namum 16 atau 17 bulan setelah hijrah, di mana kerinduan beliau telah memuncak untuk menghadap ke Baitullah yang sepenuhnya dikuasai oleh kafir Makkah. Turunlah firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk berpaling ke Masjidil Haram yang memang dinantikan oleh Rasulullah. Demikian hadis berkaitan dengan asbabun nuzul ayat-ayat Al-Quran tentang petunjuk kiblat bagi kita sekarang ini..

Hadis Syaidu Rihlah, menerangkan dengan jelas kepada kita bahawa Baitul Muqaddis merupakan Tanah Suci Ketiga Kaum Muslimin, setelah Mekah dan Madinah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

" Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjidil Haram , Masjidku ini dan Masjidul Aqsa." [HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud]

Dalam hadis lain pula yang menerangkan tentang kelebihan solat. Masjid Al-Aqsa merupakan Masjid Kedua yang di bina di muka bumi ini selepas Masjidil Haram. Fadhilat sembahyang di dalamnya adalah " lima ratus kali lebih baik daripada bersembahyang di masjid biasa kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi" [HR Bukhari dan Muslim]

Friday, December 21, 2012

"Maruah wanita itu , maruah seluruh Umat Islam juga"

Tazkirah Maghrib : Malam Untuk Gaza oleh Ustaz Haji Jel Fathullah Al Anshori (Mantan Ahli Fatwa Majelis Ulama' Sumatera Barat)

Secara ringkas :-

Pasa suatu masa dahulu ada seorang Yahudi dr kalangan kaum Bani Qaynuqa' mengikat kain milik seorang muslimat sehingga terselak auratnya apabila beliau tidak akur dgn arahan mrka spya membuka jilbabnya ketika beliau sedang membeli belah di pasar milik kaum Yahudi . Perbuatan itu dilihat oleh seorang muslimin -- yang ideal , perfect apabila muslimat itu dijadikan bahan ketawa .

Berkata saudara muslimin itu "Maruah wanita itu , maruah seluruh umat Islam juga"

Beliau mengejar Yahudi itu dan berlaku pergaduhan di kwsn itu . Berita sampai ke telinga Rasulullah S.A.W .

Anda rasa , apa tindakan baginda ? Diajak berunding ?

Oleh kerana soal aurat itu tidak ade dolak-dalihnya . Maruah wanita & umat Islam.

Arahan baginda , rapikan angkatan dan usir Bani Qaynuqa' dr Madinah .

Sila baca cerita detail di http://uniprof.wordpress.com/2012/06/

Allahuakbar ! Begitu sekali maruah wanita dipeliharapada zaman baginda . Apakah kita mampu mengembalikan martabat wanita sebegitu tinggi wahai muslimah  &pahlawan-pahlawan muslim sejati ? :)