Isu yg Ingin d'perbincangkan adalah :
Kenapa perlu selamatkan PALESTINE?
Kita perlu memahami bahawa isu Palestin adalah isu Umat ISLAM. ia adalah isu kita semua dan merupakan sebahagian dari masalah umat Islam di seluruh Dunia. ini Juga di peringatkan semula Bahawa Palestine (Al-Quds) wajib dipertahankan kerana beberapa Sebab :
1 ) Baitul Muqaddis merupakan tanah suci ketiga Umat Islam dan Al-Quds itu sendiri adalah kawasan bumi yang diberkati
2 ) Negara Israel yang dibentuk oleh Britain hasil dari Delklarasi Balfour dan persetujuan PBB ( Liga Bangsa-bangsa pada masa itu ) merupakan negara haram yang terdiri atas bumi kaum Muslimin yang dirampas.
3 ) Kaum Muslimin yang mana tanah mereka dirampas tadi dikepung, diserang dan dibunuh sedemikian rupa oleh rejim Zionis, dan di dalam Islam, terdapat Hukum Syarak yang jelas tentang apakah tugas umat Islam lain di Luar kawasan tersebut.
Baitul Muqaddis dan kawasan sekitarnya adalah kawasan bumi Israk Mikraj yang diberkati, yang mana dinyatakan dalam Al-Quran dan jelas iaitu dalam Surah Israk ayat pertama, Firman Allah SWT yang bermaksud.
" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (TMQ Al-Isra' (17):1]
Baitul Muqaddis merupakan tempat suci dan kiblat pertama Kaum Muslimin, Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, Rasulullah diperintahkan untuk menghadap ke kiblat pertama ini. Hal ini dilakukan sehubungan dengan kedudukan Baitul Maqdis saat itu dianggap paling istimewa manakala Baitullah Masih dikotori oleh beratus-ratus berhala di sekelilingnya.
Namun menurut sebuat riwayat. Meskipun Rasulullah selalu menghadap ke Baitul Maqdis, jika berada di mekah beliau juga sellau menghadap ke Baitullah. Demikian pula setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah, Beliau selalu menghadap ke Baitul Maqdis. Namum 16 atau 17 bulan setelah hijrah, di mana kerinduan beliau telah memuncak untuk menghadap ke Baitullah yang sepenuhnya dikuasai oleh kafir Makkah. Turunlah firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk berpaling ke Masjidil Haram yang memang dinantikan oleh Rasulullah. Demikian hadis berkaitan dengan asbabun nuzul ayat-ayat Al-Quran tentang petunjuk kiblat bagi kita sekarang ini..
Hadis Syaidu Rihlah, menerangkan dengan jelas kepada kita bahawa Baitul Muqaddis merupakan Tanah Suci Ketiga Kaum Muslimin, setelah Mekah dan Madinah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
" Jangan kamu memberatkan-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga Masjid ; Masjidil Haram , Masjidku ini dan Masjidul Aqsa." [HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud]
Dalam hadis lain pula yang menerangkan tentang kelebihan solat. Masjid Al-Aqsa merupakan Masjid Kedua yang di bina di muka bumi ini selepas Masjidil Haram. Fadhilat sembahyang di dalamnya adalah " lima ratus kali lebih baik daripada bersembahyang di masjid biasa kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi" [HR Bukhari dan Muslim]
The King Casino Company - Ventureberg
ReplyDeleteIt was born in 1934. The Company offers luxury hotels, If you don't have a poker room https://febcasino.com/review/merit-casino/ in your https://septcasino.com/review/merit-casino/ house, ventureberg.com/ then you'll casinosites.one find a poker room in the