Tuesday, June 25, 2013

Alwalidain



Bismillahirrahnirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.

Alwalidain~~~~


*ana cdgkn antum play lagu ni untuk lebih rasa zu’ lagi dan baca dgn nada relax semasa baca entri ini..heee~~

Satu kalimah/perkataan yang sering kita ucapkan,dalam doa dan kadang sering dalam minda kita.Ia disebabkan ukhwah dan mahabbah yang terjalin,terpaut dalam jiwa kita dan jiwa mereka.Mereka yang merasai nikmat ini sebenarnya suatu anugerah daripada Allah Yang Maha Penyayang kerana bukan semua orang merasainya. Entri kali ini sekadar muhasabah dan sedikit perkongsian bg diri ana dan kita semua..insyaallah. (^,^)

Tapi,apakah ia???
ia adalah antara insan yang hampir dengan kita iaitu ibu dan ayah :D

Dalam agama Islam,ibu dan ayah merupakan antara insan yang tinggi darjatnya di sisi Allah.Ia berdasarkan apa yang kita pelajari iaitu redha Allah bergantung kepada redha ibu dan bapa kita.Apa2 yang kita lakukan jika ia diredhai,disukai,disenangi oleh ibu dan ayah,insyaallah Allah juga redha dan kita akan dipermudahkan urusan dalam kehidupan.

Kelahiran kita lebih2 lagi jika ia anak yang pertama sgt2 menggembirakan mereka kerana ianya amat2 dinantikan dan tanda doa mereka dimaqbulkan oleh Allah dan.Suasana hospital penuh dengan kesyukuran dan ada jgk tangisan kerana kegembiraan.Belum lagi bila pulang ke kampung,pasti lebih meriah.Boleh jadi,si ayah pasti tidak sabar2 utk pulang ke rumah apabila bekerja kerana ingin bersama anak2 mereka.Kita didukung,dibawa jalan2,digeletek dan macam2 lagi la.Kerja di awal pagi,balik tengah malam seolah2 tiada yang penting bg mereka melainkan kita diberikan kesenangan dan kebahagiaan. Semasa kecil2 dulu,kita berlari kerana menyambut mereka pulang dari kerja dgn jeritan yang riang “Yeay,mak ngn ayah dah balik,adik rindu!!!”..”Mari sini anak ayah!”…lalu kita dipeluk,didukung dan dicium di pipi tanda rindu dan kasih mereka pd kita wlpn baru sehari tidak bertemu.Kita yang tidak matang,kdgkala memberontak krn permintaan kita ditolak walhal ibu dan ayah risau dan sangat mengambil berat pd kita tp kita sedar semua itu apabila sudah meningkat dewasa.Kita sedar atau tidak,kita diselimutkan dan dicium di pipi semasa kita tidur.Setiap waktu mereka sentiasa memikirkan kita.Sehinggalah masuk,tamat persekolahan dan ketika menuntut di IPT.Berbagai nasihat dan dorongan diberikan,dibelanjakn beribu2 wang utk merealisasikan cita2 kita utk belajar di IPT.Apa yang mereka harapkan adalah kita menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran,berguna pada agama dan masyarakat. Allah,sukar utk digambarkan betapa sayangnya mereka dan besarnya pengorbanan mereka pada kita.Bila difikir kembali memori ketika dahulu,timbul tawa,gembira dan sedih juga.

Pernah ana melihat sesuatu yang amat menarik di Mesir ini iaitu ketika ana hendak ke talaqi di Masjid Azhar.Seorang anak arab memimpin dan memegang tangan ibunya yang tua ketika melintas jalan malah disepanjang mereka berjalan,tangan si anak tidak lepas dari tangan ibunya.Ditambah dengan gurau senda dan tawa mereka buat ana rasa cemburu dan tersenyum.Allah Allah,jelas kelihatan kasih sayang antara mereka.Ana rasa di Malaysia susah utk melihat keadaan begini,anak2 mudah kita lebih gemar keluar bersama kwn2 hanya utk berseronok sedang ibubapa mereka dirumah tidak dilayan..Moga Allah pelihara kita daripada sifat2 mazmumah ini..amin!

Ana di perantauan,jauhnya melebihi 10 000 km amat merasai perkara ini.Bila dihimpit masalah,suara ibu dan ayahlah menjadi antara pengubat luka dan lara.Gelak,tawa,nasihat mereka mengubah segala2nya.Hampir 5 kali dalam seminggu ana hubungi ibu menerusi viber/wechat tpi itu rasanya tidak cukup.Kadang tiada apa pun hendak disembangkan tapi hanya hendak tahu khabar dan dengar suara mereka.Walaupun kadangkala digelar seorang yang manja tp biarlah asal hubungan kita tidak terputus dgn ibu dan ayah..Allah Allah…

Begitulah,jika hendak dibicarakan mengenai pengorbanan dan kasih sayang antara anak dan kedua ibu ayah,rasanya tidak cukup sekadar di blog kerana ia tiada batas dan pengakhirannya.Hebat bukan nikmat yang Allah ciptakan pada manusia ini?.Kita yang menyedari perkara ini,jadikanlah ia sebagai perangsang atau suatu motivasi untuk membahagiakan mereka.Jadikanlah hari2 kita sebagai hari ibu dan ayah.Tidak tertumpu pada suatu tarikh yang ditetapkan iaitu hari ibu atau hari bapa walaupun dari segi hukumnya tidak salah kerana ada perintah Allah pada manusia iatu berbuat baik kepada ibu bapa dalam al-quran.

“Ibu dan ayah kita hanyalah satu di dunia ini,tiada siapa yang mampu gantikan tempat mereka.Jagalah hati dan nama baik mereka,bahagiakan mereka dan selalulah berdoa utk mereka dan hubungi mereka.Jika ada yang tidak merasai nikmat kasih sayang ini bukan bermakna anda tidak berhak tetapi anda juga akan bahagia bersama ibu dan ayah anda di syurga kelak..insyaallah”

*Maaf andai tersalah bicara,mohon komentar yang membina daripada antum.

Nukilan kecil dari ardhul kinanah,
Cairo,Egypt.
22/6/2013.

Monday, June 10, 2013

Power of Nawaitu !



Bismillahiraahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t..
Kaifahalukum jamia’n?
Wa ana hena fi amaniillah wal khair,insyaallahutaa’la…

 

Pentingnya niat atau nawaitu itu kerana ia akan menentukan ke mana arah tuju yang akan kita pergi dan setiap yang kita kerjakan itu akan dihitung oleh Allah s.w.t.Jika niat kita baik,sudah tentulah hasil daripada usaha kita akan membuahkan hasil yang baik.Secara tidak langsung,kita mendapat keredhaan dan keberkataan di atas amal Lillahitaala yg kita lakukan bahkan niat sahaja pun sudah mendapat satu pahala walaupun tidak dikerjakan amal itu..Allah Allah.. J

Seandainya,jika kita berniat selain daripada kebaikan maka hasilnya juga bukanlah sesuatu yang baik malah mungkin amalan kita itu bertentangan dengan tuntutan syara’..Nauzubillah min zalik..Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Buktinya?? Seandainya wujud niat yang buruk dalam ketika kita hendak melakukan sesuatu tetapi kita tidak buatpun,maka tidaklah jatuh dosa ke atas kita walaupun hanya terlintas niat yang jahat tanpa melakukannya…

Pentingnya niat ini sehinggakan para ulama dan cendekiawan Islam meletakkan bab niat sebagai bab yang utama dalam sesebuah kitab seperti dalam kitab tasawuf yang bertajuk risalah Mua’wanah Walmuzaharah Walmuazarah hasil karya Al-Imam Syeikh Islam Qutb.Kadang-kadang perbincangan mengenai niat juga tidak cukup dua hingga tiga hari bahkan ia memerlukan kepada beberapa tempoh supaya kita betul-betul faham mengenai kepentingan niat itu.

Indah bukan agama Allah???

Sekadar ingin berkongsi rasa dan cerita….

Pada setiap petang iaitu jam 3.30 ptg Cairo,Egypt,ana akan bersiap dan bergegas untuk menunggu bas ke Darrasah bagi menghadiri kelas talaqi bersama masyaikh di Al-Azhar sehingga selepas solat Isyak.Biasalah,pelajar baru sampai ke bumi anbiyya,sangat kekok dan kadang-kadang kelam kabutnya mengalahkan orang yang menguruskan hal negara.Hendak dijadikan cerita,jam itulah ana baru terbangkit dari tidur kerana kepenatan dan baru pulang dari kuliah jam 130 petang,Cairo,Egypt.Apa lagi,kelam kabut dibuatnya..mandi,gosok baju,makan minum dan sebagainyalah..

Ana terpaksa bergegas setiap hari kerana takut terlepas kelas Sheikh Ahmad Alhajin yang akan bermula sejam selepas solat Asar dan bas ke sana pula ada selang setengah jam.Tapi apa boleh buat,tawakkal sahajalah…Ana betul2 tetapkan ‘target’ ana…

 Aku pergi talaqi kerana Allah,nak belajar ilmu Allah dan berbakti pada masyarakat dunia,Ya Allah bantulah aku dan permudahkanlah urusan hendak ke kelas Sheikh Ahmad”….

Keluar2 dari rumah terus melintas jalan,tidak sampai beberapa minit,bas 24JIM melalui kawan madinah tullab…ana terus naik dan bersyukurnya ana,sehingga sekarang teringat kesan niat kerana Allah..tidak selalu ana keluar rumah dan terus dapat naik bas,kebiasaannya kene tunggu 10 hingga 15 minit tetapi mungkin waktu inilah ‘feeling’ itu kuat..hehe..
Terlalu banyak hendak diceritakan mengenai niat tp rasanya cukuplah ini sebagai bukti dan perkongsian kepada anda semua..Bermula dari itulah,ana yakin betul bahawa niat ini bukan perkara yang ringan dan kita harus tekankan kerana disitu ada keberkatan dan pertolongan dari Allah…Alhamdulillah..doakan kami para pelajar di Mesir mendapat result mumtaz pd imtihan akhir sanah ini,amin,insyaallah;D

Ingatan saya untuk sahabat di Malaysia… :D

“Jadikan setiap amalan kita itu tidak lari daripada niat kerana Allah dan diserahkan segala usaha dan amalan kita kepada Allah.Jika kita belajar,niatkan ia kerana Allah dan untuk mengenal ma’rifatullah dan kita sebagai hamba menjadi semakin tunduk dan patuh pada suruhan serta larangan Allah”.

“Ayuh sentiasa tajid/perbaharui niat kita!”



 Mohammad Haizan Mohammad Rozi
Biro Dakwah Tarbiyyah PEPIAS Shah Alam
Cairo,Egypt..
Moga bermanfaat bagi kalian dan ana juga..
Assalamualaikum w.b.t