Bismillahiraahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t..
Kaifahalukum jamia’n?
Wa ana hena fi amaniillah wal
khair,insyaallahutaa’la…
Pentingnya niat atau nawaitu itu kerana
ia akan menentukan ke mana arah tuju yang akan kita pergi dan setiap yang kita
kerjakan itu akan dihitung oleh Allah s.w.t.Jika niat kita baik,sudah tentulah
hasil daripada usaha kita akan membuahkan hasil yang baik.Secara tidak
langsung,kita mendapat keredhaan dan keberkataan di atas amal Lillahitaala yg
kita lakukan bahkan niat sahaja pun sudah mendapat satu pahala walaupun tidak
dikerjakan amal itu..Allah Allah.. J
Seandainya,jika kita berniat selain
daripada kebaikan maka hasilnya juga bukanlah sesuatu yang baik malah mungkin
amalan kita itu bertentangan dengan tuntutan syara’..Nauzubillah min
zalik..Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..Buktinya?? Seandainya wujud
niat yang buruk dalam ketika kita hendak melakukan sesuatu tetapi kita tidak
buatpun,maka tidaklah jatuh dosa ke atas kita walaupun hanya terlintas niat
yang jahat tanpa melakukannya…
Pentingnya niat ini sehinggakan para ulama
dan cendekiawan Islam meletakkan bab niat sebagai bab yang utama dalam sesebuah
kitab seperti dalam kitab tasawuf yang bertajuk risalah Mua’wanah Walmuzaharah
Walmuazarah hasil karya Al-Imam Syeikh Islam Qutb.Kadang-kadang perbincangan
mengenai niat juga tidak cukup dua hingga tiga hari bahkan ia memerlukan kepada
beberapa tempoh supaya kita betul-betul faham mengenai kepentingan niat itu.
Indah bukan agama Allah???
Sekadar ingin berkongsi rasa dan
cerita….
Pada setiap petang iaitu jam 3.30 ptg
Cairo,Egypt,ana akan bersiap dan bergegas untuk menunggu bas ke Darrasah bagi
menghadiri kelas talaqi bersama masyaikh di Al-Azhar sehingga selepas solat
Isyak.Biasalah,pelajar baru sampai ke bumi anbiyya,sangat kekok dan
kadang-kadang kelam kabutnya mengalahkan orang yang menguruskan hal
negara.Hendak dijadikan cerita,jam itulah ana baru terbangkit dari tidur kerana
kepenatan dan baru pulang dari kuliah jam 130 petang,Cairo,Egypt.Apa lagi,kelam
kabut dibuatnya..mandi,gosok baju,makan minum dan sebagainyalah..
Ana terpaksa bergegas setiap hari kerana
takut terlepas kelas Sheikh Ahmad Alhajin yang akan bermula sejam selepas solat
Asar dan bas ke sana pula ada selang setengah jam.Tapi apa boleh buat,tawakkal
sahajalah…Ana betul2 tetapkan ‘target’ ana…
“Aku
pergi talaqi kerana Allah,nak belajar ilmu Allah dan berbakti pada masyarakat
dunia,Ya Allah bantulah aku dan permudahkanlah urusan hendak ke kelas Sheikh
Ahmad”….
Keluar2 dari rumah terus melintas
jalan,tidak sampai beberapa minit,bas 24JIM melalui kawan madinah tullab…ana
terus naik dan bersyukurnya ana,sehingga sekarang teringat kesan niat kerana
Allah..tidak selalu ana keluar rumah dan terus dapat naik bas,kebiasaannya kene
tunggu 10 hingga 15 minit tetapi mungkin waktu inilah ‘feeling’ itu
kuat..hehe..
Terlalu banyak hendak diceritakan
mengenai niat tp rasanya cukuplah ini sebagai bukti dan perkongsian kepada anda
semua..Bermula dari itulah,ana yakin betul bahawa niat ini bukan perkara yang ringan
dan kita harus tekankan kerana disitu ada keberkatan dan pertolongan dari
Allah…Alhamdulillah..doakan kami para pelajar di Mesir mendapat result mumtaz
pd imtihan akhir sanah ini,amin,insyaallah;D
Ingatan saya untuk sahabat di
Malaysia… :D
“Jadikan setiap amalan kita itu tidak
lari daripada niat kerana Allah dan diserahkan segala usaha dan amalan kita
kepada Allah.Jika kita belajar,niatkan ia kerana Allah dan untuk mengenal
ma’rifatullah dan kita sebagai hamba menjadi semakin tunduk dan patuh pada suruhan
serta larangan Allah”.
“Ayuh sentiasa tajid/perbaharui niat
kita!”
Mohammad Haizan Mohammad Rozi
Biro Dakwah Tarbiyyah PEPIAS Shah Alam
Cairo,Egypt..
Moga bermanfaat bagi kalian dan ana
juga..
Assalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment