Bismillahirrahnirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Alwalidain~~~~
*ana cdgkn antum
play lagu ni untuk lebih rasa zu’ lagi dan baca dgn nada relax semasa baca
entri ini..heee~~
Satu
kalimah/perkataan yang sering kita ucapkan,dalam doa dan kadang sering dalam
minda kita.Ia disebabkan ukhwah dan mahabbah yang terjalin,terpaut dalam jiwa
kita dan jiwa mereka.Mereka yang merasai nikmat ini sebenarnya suatu anugerah
daripada Allah Yang Maha Penyayang kerana bukan semua orang merasainya. Entri kali ini
sekadar muhasabah dan sedikit perkongsian bg diri ana dan kita
semua..insyaallah. (^,^)
Tapi,apakah
ia???
ia adalah
antara insan yang hampir dengan kita iaitu ibu dan ayah :D
Dalam agama
Islam,ibu dan ayah merupakan antara insan yang tinggi darjatnya di sisi
Allah.Ia berdasarkan apa yang kita pelajari iaitu redha Allah bergantung kepada redha
ibu dan bapa kita.Apa2 yang kita lakukan jika ia diredhai,disukai,disenangi
oleh ibu dan ayah,insyaallah Allah juga redha dan kita akan dipermudahkan
urusan dalam kehidupan.
Kelahiran kita
lebih2 lagi jika ia anak yang pertama sgt2 menggembirakan mereka kerana ianya amat2
dinantikan dan tanda doa mereka dimaqbulkan oleh Allah dan.Suasana hospital
penuh dengan kesyukuran dan ada jgk tangisan kerana kegembiraan.Belum lagi bila
pulang ke kampung,pasti lebih meriah.Boleh jadi,si ayah pasti tidak sabar2 utk
pulang ke rumah apabila bekerja kerana ingin bersama anak2 mereka.Kita
didukung,dibawa jalan2,digeletek dan macam2 lagi la.Kerja di awal pagi,balik
tengah malam seolah2 tiada yang penting bg mereka melainkan kita diberikan
kesenangan dan kebahagiaan. Semasa kecil2 dulu,kita berlari kerana menyambut mereka
pulang dari kerja dgn jeritan yang riang “Yeay,mak ngn
ayah dah balik,adik rindu!!!”..”Mari sini
anak ayah!”…lalu kita dipeluk,didukung dan dicium di pipi tanda rindu
dan kasih mereka pd kita wlpn baru sehari tidak bertemu.Kita yang tidak matang,kdgkala
memberontak krn permintaan kita ditolak walhal ibu dan ayah risau dan sangat
mengambil berat pd kita tp kita sedar semua itu apabila sudah meningkat dewasa.Kita
sedar atau tidak,kita diselimutkan dan dicium di pipi semasa kita tidur.Setiap
waktu mereka sentiasa memikirkan kita.Sehinggalah masuk,tamat persekolahan dan
ketika menuntut di IPT.Berbagai nasihat dan dorongan diberikan,dibelanjakn
beribu2 wang utk merealisasikan cita2 kita utk belajar di IPT.Apa yang mereka
harapkan adalah kita menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran,berguna pada
agama dan masyarakat. Allah,sukar utk digambarkan betapa sayangnya mereka
dan besarnya pengorbanan mereka pada kita.Bila difikir kembali memori ketika
dahulu,timbul tawa,gembira dan sedih juga.
Pernah ana
melihat sesuatu yang amat menarik di Mesir ini iaitu ketika ana hendak ke
talaqi di Masjid Azhar.Seorang anak arab memimpin dan memegang tangan ibunya
yang tua ketika melintas jalan malah disepanjang mereka berjalan,tangan si anak
tidak lepas dari tangan ibunya.Ditambah dengan gurau senda dan tawa
mereka buat ana rasa cemburu dan tersenyum.Allah Allah,jelas kelihatan kasih
sayang antara mereka.Ana rasa di Malaysia susah utk melihat keadaan
begini,anak2 mudah kita lebih gemar keluar bersama kwn2 hanya utk berseronok
sedang ibubapa mereka dirumah tidak dilayan..Moga Allah pelihara kita daripada
sifat2 mazmumah ini..amin!
Ana di
perantauan,jauhnya melebihi 10 000 km amat merasai perkara ini.Bila dihimpit
masalah,suara ibu dan ayahlah menjadi antara pengubat luka dan
lara.Gelak,tawa,nasihat mereka mengubah segala2nya.Hampir 5 kali dalam seminggu
ana hubungi ibu menerusi viber/wechat tpi itu rasanya tidak cukup.Kadang tiada
apa pun hendak disembangkan tapi hanya hendak tahu khabar dan dengar suara
mereka.Walaupun kadangkala digelar seorang yang manja tp biarlah asal hubungan
kita tidak terputus dgn ibu dan ayah..Allah Allah…
Begitulah,jika
hendak dibicarakan mengenai pengorbanan dan kasih sayang antara anak dan kedua
ibu ayah,rasanya tidak cukup sekadar di blog kerana ia tiada batas dan pengakhirannya.Hebat
bukan nikmat yang Allah ciptakan pada manusia ini?.Kita yang menyedari perkara
ini,jadikanlah ia sebagai perangsang atau suatu motivasi untuk membahagiakan
mereka.Jadikanlah hari2 kita sebagai hari ibu dan ayah.Tidak tertumpu pada suatu
tarikh yang ditetapkan iaitu hari ibu atau hari bapa walaupun dari segi
hukumnya tidak salah kerana ada perintah Allah pada manusia iatu berbuat baik
kepada ibu bapa dalam al-quran.
“Ibu
dan ayah kita hanyalah satu di dunia ini,tiada siapa yang mampu gantikan tempat
mereka.Jagalah hati dan nama baik mereka,bahagiakan mereka dan selalulah berdoa
utk mereka dan hubungi mereka.Jika ada yang tidak merasai nikmat kasih sayang
ini bukan bermakna anda tidak berhak tetapi anda juga akan bahagia bersama ibu
dan ayah anda di syurga kelak..insyaallah”
*Maaf andai
tersalah bicara,mohon komentar yang membina daripada antum.
Nukilan kecil
dari ardhul kinanah,
Cairo,Egypt.
22/6/2013.
No comments:
Post a Comment