Monday, September 22, 2014

Induksi PEPIAS Shah Alam 2014

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdullillah


Alhamdulillah , induksi PEPIAS Shah Alam (PEPISHAH) kini kembali lagi ! :) Maka dengan itu , terciptalah sebuah memori dan seribu satu kenangan yang manis untuk diingati buat semua sahabat yang terlibat ^,^v semoga saja Allah meredhai segala apa yang berlaku dan mari kita sama-sama tajdid semula niat kita serta bermuhasabah diri atas sebab apa kita dipilih oleh Allah di jalan dakwah ini , tepuk dada tanya iman :)

Oleh itu, dengan adanya induksi ini, secara tidak langsung dapat merapatkan ukhuwah dan lebih mengenali di antara satu sama lain secara mendalam , bukankah Rasulullah suka orang yang berkasih sayang sesama saudara ? :) sebelum itu, mari kita sama-sama hadamkan satu hadis mengenai kasih sayang :)


Daripada Abu Hamzah Anas Ibn Malik r.a, khadam Rasullullah SAW, daripada Nabi Muhammad SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga di mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no.18076)

Pengajaran yang terdapat dalam hadith tersebut:-

  • Seorang mu'min dengan mu'min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri. 
  • Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan kerana hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.
  • Iman dapat bertambah dan berkurang , bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
  • Dianjurkan untuk bersatu hati sesama umat Islam.

"Induksi"

Apa itu induksi ?

Secara umumnya, induksi mendefinisikan sebagai satu proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuan-tujuan tertentu. Induksi Pepishah kali ini menekankan beberapa objektif penting sebagai seorang pemimpin dalam jalan dakwah ini. Antara objektif yang ditekankan adalah seperti berikut:-
  1. Mencernakan 4T dalam kalangan pemimpin iaitu Ta'aruf, Tafahum, Ta'awun dan Takaful.
  2. Menghadam jobskop masing-masing dan tanzim pimpinan.
  3. Mengetahui hala tuju PEPIAS Shah Alam.
Kita seharusnya bersyukur dan tidak mengeluh kerana kita adalah orang-orang yang dipilih oleh Allah untuk meneruskan jalan dakwah ini. Secara umumnya, bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin kerana ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab. Usah dijadikan ia sebagai satu bebanan, buatlah ia dengan ikhlas, in shaa Allah dipermudahkan dalam segala urusan. Rabbuna yusahhil ! :D

KITA SEMUA ADALAH SEORANG PEMIMPIN !

Setiap daripada kita adalah seorang pemimpin. Setiap manusia diberi tanggungjawab mengikut kedudukan masing-masing. Semua tanggungjawab yang diamanahkan akan ditanya oleh Allah diakhirat kelak. Islam mengajar umatnya supaya benar-benar beramanah dengan tanggungjawab mengikut lunas-lunas yang diharuskan.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رُمْحٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِه

Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: " Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin."
(Imam Muslim, hadits no.3408)

Maka, tamatlah sudah coretan untuk kali ini, Sebelum berganjak, mari kita sama-sama mengimbas kembali kenangan sewaktu Induksi Pepishah 2014. ^,^v

#PEPIAS
#PEPISHAH 
#INPISHAH
#GPHU
#PEPISHAHGEMPAK


‘’hati ini telah bersatu
 berhimpun diperut bumiMu
hati ini telah berpadu 
bersatu memikul beban dakwahMu

hati ini telah mengikat setia 
untuk mendaulat untuk mendukung
syariatMu di alam maya
maka Ya Allah, eratkanlah
ikatan yang ada..

kekalkan kemesraan yang ada 
tunjukkanlah jalan yang benar
suluhkanlah dengan cahayaMu
tiada malap terangi alamMu

hidup suburkanlah dengan makrifatMu
tapi jika ingin mematikannya 
matikanlah sebagai shuhada
dalam perjuangan menegakkan 
agama yang mulia..‘’





















No comments:

Post a Comment