Monday, February 28, 2011

Minggu Dua't

BismiLLAHirrahmanirrahim.

Pada 18, 19, dan 20 Februari 2011, telah berlangsungnya Minggu Dua't atau Minggu Dakwah di Plaza Alam Sentral Shah Alam yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Tujuan Minggu Dua't ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan NGO's Islam di mata orang awam sekaligus menarik minat para masyarakat untuk melibatkan diri untuk menyertai badan-badan NGO tersebut.

Selain itu, Minggu Dua't juga dijadikan platform Dakwah dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dakwah serta perbincangan isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Turut juga ditekankan tentang masalah sosial.

Kira-kira 14 buah badan NGO Islam telah terlibat dalam peristiwa ini. (Kalau tak silap la..Tapi yang pastinye, banyak..kalu na senaraikan satu persatu susah juge..)

Antara NGO Islam yang terlibat dalam minggu Dua't ini ialah PEPIAS dan ABIM.

Oleh itu, ahli PEPIAS cawangan Shah Alam telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga Booth pameran PEPIAS. Kami telah berkampung di Pusat beli belah tersebut selama tiga hari dua malam.

Yang menariknya, Booth PEPIAS dan ABIM telah disatukan. Kami telah menjadi antara booth yang paling ramai dan meriah orang didalamnya. Sangat seronok bila bersama-sama dengan semua kakak dan abang.

Alhamdulillah, ramai juga yang bertandang ke booth kami. Moga mereka pulang dengan pemahaman tentang gerakan NGO seperti PEPIAS, ABIM, WADAH, dan lain-lain. Begitu juga kesedaran untuk membangunkan ummah, Agama dan Amr Makruf Nahi Mungkar.

Moga pergerakan kami semua diberkati dan membuahkan hasil.. Amin Ya Rabbal A'lamin.

p/s: Sekali lagi Maaf kerana tidak dapat menghadirkan gamba sepanjang berada disana. :(

Tuesday, February 22, 2011

Biro Latihan Dan kepimpinan Shah Alam.

Alhamdulillah, Setelah perbincangan dilakukan, dua buah unit telah ditubuhkan untuk menjalankan operasi dakwah ke sekolah terpilih.

Gerakan Dakwah PEPIAS Shah Alam Unit 1 dan 2 :

Penubuhan BLK Shah Alam:-

BLK Unit 1

Pengarah: Hazwan
Setiausaha: Jiejah
Bendahari: Mila
Personal Coordinator: Abang Ayiep
Ketua Fasilitator: Wan Nadzirah

Biro

Teknikal: Haziq , Amir
Kebajikan dan Keselamatan: Naim
Makanan: Aiman
Disiplin dan Ibadah: Fahmi / Lahh


BLK Unit 2

Pengarah: Amirul Syafiq
Setiausaha: Nur 'Aliya
Bendahari: Nurhazwani
Personal Coordinator: Asoy+Amirul
Ketua Fasilitator: Asoy

Biro

Teknikal: Azamie
Kebajikan dan Keselamatan: Ahmad Aizat
Makanan: Norashikin
Disiplin dan Ibadah: Muhammad Al-Fitri Shah


Mudah - mudahan unit yang terbina bukan hanya sekadar binaan terbengkalai.

Bertemu nanti di persada dakwah! :)

Monday, February 21, 2011

Asalamua'laikum

Wah, Bagai sedekad tak mengupdate ini blog!


Bagaimana perkembangan kami?


Setakat ni banyak aktiviti yang dihadiri sampai gamba aktiviti sepanjang program pun tak dapat dimuatkan pada post ini..


kenapa??


Agak le kan.. device yang selalu digunakan untuk menangkap gambar di setiap program mengalami kerosakan.


Anda Tahu apa device terbabit??

ini dia! heheh..

Biarpun hanya menggunakan telefon bimbit berjenama nokia n95 ini untuk menangkap gambar, namun hasilnya amat-amatlah memuaskan!

Device ni juge banyak berkhidmat kepada kami secara tak langsung..

Gambar ibarat jantung dalam setiap post blog kami..

kalu na ikutkan, bukan ramai pun yg minat bace..

gambar je lahh yang lebih diberi perhatian..

betul kan?
betul kan?
betul kan?

hehe..


InshaALLAH, jika ade rezeki, dapatlah kami menghadirkan gambar-gambar yang berkualiti dengan digital kamera akan datang nanti.

InshaALLAH.. Nantikan..

Usrah Lanjutan 3

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAHumma Solli A'la Muhammad Waa'la A'li Muhammad.


Alhamdulillah, pada Ahad, 20 Hari bulan Februari 2011, telah berlangsungnya usrah cawangan Shah Alam.

Usrah ini telah diadakan di Laman budaya Shah Alam (dekat kat Masjid negeri dan Tasik Shah Alam tu) dan telah dihadiri oleh ahli cawangan Shah Alam seramai 10 orang. Naqib pada usrah kali ini ialah saudara Amirul Syafiq dan dibantu oleh saudara Ridzuan.



Pada usrah kali ini, buku 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' karangan Fathi Yakan telah digunakan sebagai rujukan dalam jemaah Shah Alam.

Buku ini bukan sahaja hanya digunakan pada usrah kali ini, malah akan dirujuk pada usrah-usrah yang akan datang. Sampailah Khatam, difahami dan dihayati oleh setiap ahli jemaah . InshaALLAH.

Antara Perkara yang dibincangkan dalam usrah kali ini ialah;


  1. Apa ertinya saya  menganut Agama Islam?
  2. Mengapa kita Perlu beriman kepada ALLAH?
  3. Pengertian Tauhid:
  • Uluhiyah
  • Rububiyah
  • Asma' Wa Sifat
Dan sedikit penambahan daripada saudara pierre. :)

p/s: maaf kerana post kali ini tidak mempunyai gambar usrah :(

Sunday, February 13, 2011

USRAH Shah Alam kedua :)

Bismillahirrahmanirrahim. :)

Pada 13 Februari 2011 jam 10.00 pagi, . Usrah Cawangan Shah Alam telah dijalankan.


Usrah ini bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul A'ziz Shah, Shah Alam dan telah dihadiri seramai 23 orang iaitu 20 orang dari cawangan Shah Alam dan 3 orang lagi dari cawangan Pusat.

Dalam Usrah ini, satu tajuk telah dibawakan berkenaan dengan kepentingan seseorang dalam bergabung dalam jemaah.

Secara ringkasnya, tajuknya ialah seperti berikut;

'FITRAH MANUSIA YANG MEMERLUKAN JEMAAH UNTUK MENGISI KEPERLUAN HIDUPNYA'
Beberapa sub topik telah dikupas satu per satu demi memberikan pemahaman dalam perbincangan.


antara sub topik tersebut;

  1. Apa itu jemaah?
  2. Mengapa berjemaah?
  3. Apa itu jemaah Islamiyah?
  4. Ciri-ciri jemaah Islamiyah.
Juga dibincangkan;
Bagaimana, dan apakah ciri-ciri seorang sahabat yang perlu dicari untuk membentuk jemaah?


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang usrah berlangsung;


























Friday, February 4, 2011

Isu Semasa: Analisis Terkini Perkembangan Timur Tengah.

"Forum Isu SemasaAnalisis Terkini Perkembangan Timur Tengah, Siaran Langsung dari Kolej Darul Hikmah, Kajang bersama Prof. Dr Redzuan Othman dan Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman. Anjuran bersama WADAH, ABIM dan PKPIM dengan kerjasama Krew NUR RAMADHAN dan MISG ABIM UK EIRE. Siaran juga dibuat secara bersama dengan saluran Ustream al-Hikmah oleh krew Kolej Darul Hikmah Kajang."


Sila tutup radio kat bawah sekali untuk dengar betul2 ape yang disampaikan. Arap maklum. :)









  • Jika Tersekat, Digalakkan untuk me'refresh'

Jika bermasalah untuk view video boleh ikuti saluran melalui link berikut: