Monday, February 21, 2011

Usrah Lanjutan 3

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAHumma Solli A'la Muhammad Waa'la A'li Muhammad.


Alhamdulillah, pada Ahad, 20 Hari bulan Februari 2011, telah berlangsungnya usrah cawangan Shah Alam.

Usrah ini telah diadakan di Laman budaya Shah Alam (dekat kat Masjid negeri dan Tasik Shah Alam tu) dan telah dihadiri oleh ahli cawangan Shah Alam seramai 10 orang. Naqib pada usrah kali ini ialah saudara Amirul Syafiq dan dibantu oleh saudara Ridzuan.



Pada usrah kali ini, buku 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' karangan Fathi Yakan telah digunakan sebagai rujukan dalam jemaah Shah Alam.

Buku ini bukan sahaja hanya digunakan pada usrah kali ini, malah akan dirujuk pada usrah-usrah yang akan datang. Sampailah Khatam, difahami dan dihayati oleh setiap ahli jemaah . InshaALLAH.

Antara Perkara yang dibincangkan dalam usrah kali ini ialah;


  1. Apa ertinya saya  menganut Agama Islam?
  2. Mengapa kita Perlu beriman kepada ALLAH?
  3. Pengertian Tauhid:
  • Uluhiyah
  • Rububiyah
  • Asma' Wa Sifat
Dan sedikit penambahan daripada saudara pierre. :)

p/s: maaf kerana post kali ini tidak mempunyai gambar usrah :(

No comments:

Post a Comment