BismiLLAHirrahmanirrahim.
Tujuan Minggu Dua't ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan NGO's Islam di mata orang awam sekaligus menarik minat para masyarakat untuk melibatkan diri untuk menyertai badan-badan NGO tersebut.
Selain itu, Minggu Dua't juga dijadikan platform Dakwah dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dakwah serta perbincangan isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Turut juga ditekankan tentang masalah sosial.
Kira-kira 14 buah badan NGO Islam telah terlibat dalam peristiwa ini. (Kalau tak silap la..Tapi yang pastinye, banyak..kalu na senaraikan satu persatu susah juge..)
Antara NGO Islam yang terlibat dalam minggu Dua't ini ialah PEPIAS dan ABIM.
Oleh itu, ahli PEPIAS cawangan Shah Alam telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga Booth pameran PEPIAS. Kami telah berkampung di Pusat beli belah tersebut selama tiga hari dua malam.
Yang menariknya, Booth PEPIAS dan ABIM telah disatukan. Kami telah menjadi antara booth yang paling ramai dan meriah orang didalamnya. Sangat seronok bila bersama-sama dengan semua kakak dan abang.
Alhamdulillah, ramai juga yang bertandang ke booth kami. Moga mereka pulang dengan pemahaman tentang gerakan NGO seperti PEPIAS, ABIM, WADAH, dan lain-lain. Begitu juga kesedaran untuk membangunkan ummah, Agama dan Amr Makruf Nahi Mungkar.
Moga pergerakan kami semua diberkati dan membuahkan hasil.. Amin Ya Rabbal A'lamin.
p/s: Sekali lagi Maaf kerana tidak dapat menghadirkan gamba sepanjang berada disana. :(
No comments:
Post a Comment