Sunday, February 13, 2011

USRAH Shah Alam kedua :)

Bismillahirrahmanirrahim. :)

Pada 13 Februari 2011 jam 10.00 pagi, . Usrah Cawangan Shah Alam telah dijalankan.


Usrah ini bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul A'ziz Shah, Shah Alam dan telah dihadiri seramai 23 orang iaitu 20 orang dari cawangan Shah Alam dan 3 orang lagi dari cawangan Pusat.

Dalam Usrah ini, satu tajuk telah dibawakan berkenaan dengan kepentingan seseorang dalam bergabung dalam jemaah.

Secara ringkasnya, tajuknya ialah seperti berikut;

'FITRAH MANUSIA YANG MEMERLUKAN JEMAAH UNTUK MENGISI KEPERLUAN HIDUPNYA'
Beberapa sub topik telah dikupas satu per satu demi memberikan pemahaman dalam perbincangan.


antara sub topik tersebut;

  1. Apa itu jemaah?
  2. Mengapa berjemaah?
  3. Apa itu jemaah Islamiyah?
  4. Ciri-ciri jemaah Islamiyah.
Juga dibincangkan;
Bagaimana, dan apakah ciri-ciri seorang sahabat yang perlu dicari untuk membentuk jemaah?


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang usrah berlangsung;


























No comments:

Post a Comment