Tuesday, March 27, 2012

Kerana Siapa?

Diceritakan :

Pernah berlaku di suatu tempat terdapat sekumpulan orang yang menyembah pokok, dan di kawasan tempat tinggal mereka tinggal seorang mukmin.

Pada suatu hari, datanglah orang mukmin itu membawa kapak dengan niat untuk menegakkan agama tauhid. Maka time dia tengah jalan untuk melunaskan segala niatnya itu, tibe tibe dia terserempak dengan iblis yang menjelma sebagai seorang manusia..

Berkata iblis tu ; " Yo, kawan! nak pi mane tuh?

Berkata Orang mukmin ; " Aku nak pi tebang pokok yang dorang syok sembah tu!"

"Tak payalah susa-susa, sebagai imbuhan kau tak pi potong pokok tu, aku akan sediakan kau dua Dirham (= RM26 kalu tak silap)  yang boleh kau terima setiap pagi kat bawah bantal kau.." balas iblis.

Mendengarkan janji iblis tu, niat baik orang mukmin itu terbatal kerana ketamakkannya..

Setiap pagi, dia meraba-raba bantal kalau-kalau ada 2 dirham seperti yang dijanjikan.. Tapi, dah masuk 3 hari dah.. tak timbul timbul jugak..

Kerana terlalu marah, dia terus nekad untuk kembali menunaikan rancangannya untuk menebang pokok tersebut.

Macam biase, dalam perjalanan.. Dia sekali lagi terserempak dengan orang yang sama.. Iaitu iblis yang menjelma sebagai manusia.

iblis : *Yo! Nak pi mane?

Org mukmin: Kaw! Kali ni aku btul-btul akan tebang pokok tu!

baik kau balik je, kalau kau dekati pokok tu jugak aku kerat-kerat leher kau! Ingat, first time kau datang memang betul niat kau kerana takut kepada ALLAH. Maka waktu tu takde sape yang dapat menghalang kau!

Kali ni kau datang kerana didorong oleh perasaan marah sebab kau tak dapat 2 dirham yang dijanjikan.. Baik kau balik je sebab kau takkan sanggup melakukannya.. "

 . . .

Mari kongsikan Moral of the story!

Gurauan Kasar :)

Aicheh, baki - baki pukul sebelas lebih nak masuk pukul doblas dah nih.. Bas tak sampai-sampai pom.. "cakap aku dalam hati"
* cam buat novel pule kan.. hoho

Mata agak meliar waktu tu, berape kali pandang kat hujung belah kanan jalan dengan penuh harapan. Sakit leher dibuatnye . "bas cepat la sampai!"

Tibe-tibe terpandang seorang lelaki dan perempuan berjalan berdua dengan memimpin seorang anak kecil..

"comel" Detik dalam hati..

Duduk sekali kat bastop tu..

Wanita tu amat baanyak bercakap dan bergurau.. "disebabkan suara dia agak kuat kerana aku duduk hampir dengan mereka, telinga ini tibe-tibe tercuri dengar..

"TER.. okay! tak sengaje.. :P"

Abg ensem harini.. (sambil bermain rambut suaminya)
*tadi kite nampak orang kat salon bagi tips kat mamat yang dye potong rambut tu" katanye..

Kalau nak bagi lagi ensem, abg buleh sikat rambut mcm ni, mcm ni, pastu mcm ni..

Aku dengar je ape dorang ckp.. malangnye aku just TER dengar.. Bukan TER pandang.. Jadi, tips camne gaye nak jadi ensem cume dengan mengubah gaye rambut tak dapat aku terangkan..

Tapi aku yakin, aku tak perlukan itu..

Sebab aku ni Natural Beauty.. haha

Hah, Abg..! nampak Uban..

Tu tande dah abg tu.. Malaikat Izrail nak datang dah abg.. :)

haa.. Muke abg pun da kedut..(sambil meletakkan jari telunjuknya pada hidung si suami)

badan da kerepot dahh..

Sume tande dah ade abg.. Abg kene sedia laye..

*terperasan isterinya tersenyum ..

Suaminya terus mencubit manje hidung isterinya..

"NASIHAT DALAM GURAUAN' *.. :D

Monday, March 26, 2012

PMG 12 :D

PMG12! telah pun berlangsung.. Hasilnya Alhamdulillah :) Cukup untuk menyimpul senyum,terbayar segala keringat bersama kepuasan hati :) . Gambar diatas ialah gambar adik-adik PMG 12 cawangan Shah Alam. Ya! mereka cukup comel dan bersemangat!

Dengar cerita semuanya mendapat result SPM yang cemerlang-cemerlang belaka.. Alhamdulillah! tahniah adik2..!

Mudah-mudahan apa yang adik2 dapat dalam perkampungan ini dapat adik praktikkan bersama ketika belajar nanti.. :)

; Ingat, kita kuat jika kita bersatu!
; Kita kuat jika kita berjemaah!
; Kita kuat kerana Islam!
; "Sesungguhnya, Agama yang (diredhai) Allah itu adalah Islam" :)


Sunday, March 25, 2012

Murtad

Bila berkatakan tentang isu Murtad, ia mula menggugat sensitiviti umat Islam. Semua aktivis Islam dan Muslim keseluruhannya dikatakan bersuara.

Mengapa ia berlaku?

Bagaimana ia berlaku?

hikmah daripada senior saya. " We pay our Toll"
Setiap jalan yang dilalui apabila tiba sampainya kita harus membayar duit tol kerana melalui jalan tersebut.

Kita telah melalui satu ketika, bahawa sensitiviti kita terhadap umat kian jauh. Malah, tiap perilaku kita hanya memikirkan tentang diri sendiri. Mana sensitiviti kita terhadap saudara seaqidah kita?

Renungkan kembali;


  • Ketika dalam santapan kita, pernahkah kita memikirkan tentang saudara kita yang tidak dapat menjamu selera? dalam kebuluran dan kesakitan?
  • Ketika dalam solat kita, pernahkah terlintas pada jiwa dan sanubari kita untuk mendoakan untuk kesejahteraan semua saudara seakiqah kita?
  • Ketika kita berjalan dan menikmati keindahan alam, pernahkah terfikir akan kita tentang saudara kita yang tidak dapat berjalan, melihat, buta dan cacat penglihatannya?
  • Ketika kita dalam baringan sebelum tidur, pernah kita terfikir tentang saudara kita yang tidak dapat tidur kerana tidak berada dalam ketenteraman atas sebab kesakitan dan kekhuatiran?
  • Bila kali terakhir kita menangis dalam solat malam kita kerana bersama doa' yang kita titipkan untuk umat ?
FIKIR - CINTA - PRAKTIK

Sekiranya tidak, mulalah fikirkan sekarang. Bajalah rasa kasih sayang yang mendalam antara kita. Contohilah Rasulullah saw yang kita mengaku sebagai umatnya. Setiap malamnya dia menangis kerana memikirkan umatnya. Pada wafatnya dia menyebut yebut akan umatnya.

"Bila dah parah, baru kau nak bising, baru nak ingat sudara!" "Dandan je bajet alim pi kuar ayat lembut hikmah (kononnye) pnuh pjukan kat wall fb budak yang ngaku dia dah murtad!"

Jangan kau pekikkan dan persoalkan mengapa terjadinya Isu murtad ini sekiranya sebelum ini kita hanya fikir untuk melepaskan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti tentang umat.

"Kita da nasihat dye tanak buat, dah lepas le tu diri kita"

Semudah itu??

Apa yang kita dah buat, kita tanggung!

we pay our tol!