Sunday, March 25, 2012

Murtad

Bila berkatakan tentang isu Murtad, ia mula menggugat sensitiviti umat Islam. Semua aktivis Islam dan Muslim keseluruhannya dikatakan bersuara.

Mengapa ia berlaku?

Bagaimana ia berlaku?

hikmah daripada senior saya. " We pay our Toll"
Setiap jalan yang dilalui apabila tiba sampainya kita harus membayar duit tol kerana melalui jalan tersebut.

Kita telah melalui satu ketika, bahawa sensitiviti kita terhadap umat kian jauh. Malah, tiap perilaku kita hanya memikirkan tentang diri sendiri. Mana sensitiviti kita terhadap saudara seaqidah kita?

Renungkan kembali;


  • Ketika dalam santapan kita, pernahkah kita memikirkan tentang saudara kita yang tidak dapat menjamu selera? dalam kebuluran dan kesakitan?
  • Ketika dalam solat kita, pernahkah terlintas pada jiwa dan sanubari kita untuk mendoakan untuk kesejahteraan semua saudara seakiqah kita?
  • Ketika kita berjalan dan menikmati keindahan alam, pernahkah terfikir akan kita tentang saudara kita yang tidak dapat berjalan, melihat, buta dan cacat penglihatannya?
  • Ketika kita dalam baringan sebelum tidur, pernah kita terfikir tentang saudara kita yang tidak dapat tidur kerana tidak berada dalam ketenteraman atas sebab kesakitan dan kekhuatiran?
  • Bila kali terakhir kita menangis dalam solat malam kita kerana bersama doa' yang kita titipkan untuk umat ?
FIKIR - CINTA - PRAKTIK

Sekiranya tidak, mulalah fikirkan sekarang. Bajalah rasa kasih sayang yang mendalam antara kita. Contohilah Rasulullah saw yang kita mengaku sebagai umatnya. Setiap malamnya dia menangis kerana memikirkan umatnya. Pada wafatnya dia menyebut yebut akan umatnya.

"Bila dah parah, baru kau nak bising, baru nak ingat sudara!" "Dandan je bajet alim pi kuar ayat lembut hikmah (kononnye) pnuh pjukan kat wall fb budak yang ngaku dia dah murtad!"

Jangan kau pekikkan dan persoalkan mengapa terjadinya Isu murtad ini sekiranya sebelum ini kita hanya fikir untuk melepaskan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti tentang umat.

"Kita da nasihat dye tanak buat, dah lepas le tu diri kita"

Semudah itu??

Apa yang kita dah buat, kita tanggung!

we pay our tol!


No comments:

Post a Comment