Tuesday, March 27, 2012

Kerana Siapa?

Diceritakan :

Pernah berlaku di suatu tempat terdapat sekumpulan orang yang menyembah pokok, dan di kawasan tempat tinggal mereka tinggal seorang mukmin.

Pada suatu hari, datanglah orang mukmin itu membawa kapak dengan niat untuk menegakkan agama tauhid. Maka time dia tengah jalan untuk melunaskan segala niatnya itu, tibe tibe dia terserempak dengan iblis yang menjelma sebagai seorang manusia..

Berkata iblis tu ; " Yo, kawan! nak pi mane tuh?

Berkata Orang mukmin ; " Aku nak pi tebang pokok yang dorang syok sembah tu!"

"Tak payalah susa-susa, sebagai imbuhan kau tak pi potong pokok tu, aku akan sediakan kau dua Dirham (= RM26 kalu tak silap)  yang boleh kau terima setiap pagi kat bawah bantal kau.." balas iblis.

Mendengarkan janji iblis tu, niat baik orang mukmin itu terbatal kerana ketamakkannya..

Setiap pagi, dia meraba-raba bantal kalau-kalau ada 2 dirham seperti yang dijanjikan.. Tapi, dah masuk 3 hari dah.. tak timbul timbul jugak..

Kerana terlalu marah, dia terus nekad untuk kembali menunaikan rancangannya untuk menebang pokok tersebut.

Macam biase, dalam perjalanan.. Dia sekali lagi terserempak dengan orang yang sama.. Iaitu iblis yang menjelma sebagai manusia.

iblis : *Yo! Nak pi mane?

Org mukmin: Kaw! Kali ni aku btul-btul akan tebang pokok tu!

baik kau balik je, kalau kau dekati pokok tu jugak aku kerat-kerat leher kau! Ingat, first time kau datang memang betul niat kau kerana takut kepada ALLAH. Maka waktu tu takde sape yang dapat menghalang kau!

Kali ni kau datang kerana didorong oleh perasaan marah sebab kau tak dapat 2 dirham yang dijanjikan.. Baik kau balik je sebab kau takkan sanggup melakukannya.. "

 . . .

Mari kongsikan Moral of the story!

No comments:

Post a Comment