Wednesday, December 21, 2011

6 Perkara ALLAH SWT sembunyikan.

  1. ALLAH SWT telah menyembunyikan Redha-Nya dalam Taat.
  2. ALLAH SWT telah  menyembunyikan murka-Nya dalam Maksiat
  3. ALLAH SWT telah  menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  4. ALLAH SWT telah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan
  5. ALLAH SWT telah  menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat (yang lima waktu)
  6. ALLAH SWT telah  menyembunyikan (tarikh terjadinya) kiamat dalam semua hari.

Jum Faham-Fahamkan!


ALLAH SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan ALLAH menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124 000 sayap).

Setelah itu, Jibrail telah memandang diri sendiri dan berkata; "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu, ALLAH SWT berfirman yang bermaksud; "Tidak"

Kemudian Jibrail a.s berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada ALLAH SWT dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20 000 tahun. Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud;

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah-KU dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-KU seperti ibadat kamu. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datangnya seorang nabi yang mulia dan yang paling ku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa dan serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar.

Maka demi kemuliaan-KU dan ketinggian-KU, sesungguhnya solat mereka itu lebih ku sukai daripada solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat itu atas arahan-KU, sedang kamu mengerjakan solat itu bukan diatas perintah-KU.

Kemudian Jibrail a.s berkata; Ya Tuhanku, apakah yang akan Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka? "

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud ; "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat Tinggal."

Kemudian Jibrail a.s meminta izin kepada ALLAH SWT untuk melihat syurga Maa'wa. Setelah Jibrail a.s mendapat keizinan, maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang.

Setiap kali dia mengembangkan dua sayapnya, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah Malaikat Jibrail a.s selama 300 tahun sehinggalah dia merasa letih dan lemah akihirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon di situ dan dia sujud kepada ALLAH SWT. Lalu ia berkata dalam sujudnya; " Ya Tuhanku, apakah sudah ku menempuh jarak perjalanan setengahnya atau sepertiganya atau seperempatnya?"

Kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud; "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,  nescaya kamu tidak akan sampai kepada persepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.."

Jum kite samesame fikirkan dan usehe sekuat mungkin untuk mengerjakan suruhan-NYA! :) ALLAHUAKBAR!!

APE? (WHAT?)

Ceit, ape yang ape?

Jap, nak berfikir sat.. Aku ade terbace sesuatu.

APE?

Bagos soalan tu..

Ni haa :

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang kami turunkan dari langit, lalu tumbuh dengan subur tanaman di bumi kerana air itu, di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (perhiasannya) dan pemilik-pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman-tanamannya) laksana tanaman yang sudah dituai, seakan-akan belum pernah tumbuh. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) bagi orang yang mahu berfikir." Surah Yunus, Ayat 24


Jadi, ape yang kau fikirkan selepas membaca ayat Allah ini?

Teruskan berfikir. Itu adalah kekuatan dan keistimewaan kite. Akal yang membuat kite berbeze daripade makhluk ciptaan yang lain.

Bumi ni cantik, memang tak dinafikan lagi ia sangat indah. Namun ALLAH bagitaw kite, bahawe.. segala yang cantik dan indah itu pasti akan rosak ,musnah dan lenyap satu hari nanti.

Jadi, sebagal makhluk yang ada akai, manusia sepatutnya memikirkan dan mengambil pengajaran daripada setiap kejadian dan memutuskan satu objektif rasional untuk kehidupannya.

Apa Objektif dan matlamat kehidupan anda?

"Memikir dan memahami adalah ciri keistimewaan manusia. Kalu takde sifat ni, manusie akan jadi lebih rendah daripade binatang taw."

Jadi teruskan berfikir untuk mengelakkan diri anda setaraf dengan binatang.

Tuesday, December 20, 2011

Penstrukturan Semula PEPIAS SHAH ALAM

Pada 3 disember 2011, PEPIAS Shah Alam mengalami penstrukturan semula organisasi. Yah, tu jelah nak yang dicakap :) antara ahli-ahli lantikan baharu pimpinan Shah Alam adalah seperti berikut;


MURABBI

Muzakkir b Mohd Noor
017-5086339/013-2005672
muzakkirmohdnoor@gmail.com
Naib Presiden PEPIAS

PENGERUSI PERHUBUNGAN

Amirul Syafiq b Salleh
013-2290341
syafiqamirul@ymail.com
UNISEL Shah Alam/Seksyen 16

TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN

Izyan Lyana bt Rosman
012-9721393
perhiasankelembutan@yahoo.com
UNISEL Bestari/PJ

SETIAUSAHA

Mohamad Hazwan Shah b Ismail
012-9338067/019-3747876
mohamadhazwanshah@gmail.com
Limkokwing/Seksyen 7

TIMBALAN SETIAUSAHA

Izzati bt Mohd Tohid
013-2428044
siddiqqushri@yahoo.com
SMK Seksyen 18/Seksyen 25

BENDAHARI

Ahmad Fitri b Hj. Maarof
017-6811816
feat_haha@yahoo.com
SMK Seksyen 18/Seksyen 18

TIMBALAN BENDAHARI

Nur Dini Hakim bt Lokman Hakim
014-2645532
dinihakim@rocketmail.com
Lepasan SPM/Seksyen 7

KETUA HELWANI

Norhaniza bt Md. Salleh
017-6345080
nieza93@ymail.com
USIM/PJ

PENOLONG KETUA HELWANI

Siti Nurul Atikah bt Jamal Nasir
017-6730107
greatroublemaker_chee@yahoo.com
SMK Seksyen 18/Seksyen 18

BIRO PERHUBUNGAN

Muhammad Haziq b Mohd Rohaizad
017-3094747
haziqrohaizad93@yahoo.com.uk
UNISEL Bestari/Seksyen 18

BIRO DAKWAH

Muhammad Suffeian b Nawawi Reza
010-4237565
ralph_p7@yahoo.com
Tahfiz Klang/Seksyen 11

Nurun Najihah bt Hamdan
019-3790824
nur_inlife@yahoo.com
SMK Seksyen 18/Seksyen 4

BIRO LATIHAN DAN KEPIMPINAN

Muhammad Al-Fitri Shah b Harun
017-2761425
el_baeschah@yahoo.com
UITM Kuala Pilah/Seksyen 18

Anisah bt Nordin
014-9292133
princesssya_ictl2009@yahoo.com
SMK Seksyen 18/Seksyen 18

BIRO DANA DAN EKONOMI

Asrul Akmal b Roslan
017-8751647
asoi_14@yahoo.com
KLMU/Seksyen 27

Noor Azizah bt Mohamed Nor
017-9769179
jijahaiz_ella92@yahoo.com
UITM Shah Alam/Kuantan

BIRO SUKAN & REKREASI

Amir Aizuddin b Razali
017-6078812
amir_jambu444@hotmail.com
Cybernatic/Seksyen 18

Ahmad Zhafir b Mohammad Khalid
013-3579182
zhafir_neji@yahoo.com
Lepasan SPM/Seksyen 8

BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL

Mohamad Roshafizal Helmi b Mohd Roslan
017-2606388
fizalhelmi@yahoo.com
STPM SMK Seksyen 16/Seksyen 16

Muhammad Muhsin b Abdul Mutalib
019-3977456
mukhsin_yan@yahoo.com
UMP Pahang/Seksyen 7

Kesian memaklumkan.
*Sekian

Assalamua'laikum!

Astaghfirullahal 'Azim.. Lame tak update entry beb.

Cam tak idup segan mati tak mahu je nih..

Wey, who said ??

(cepuk cepuk!) dush dush!

Yup, Shah Alam still idup. Jangan risau. Kite bukan hipokrit.( ape kaitan? )

Dalam pembangunan buat menare dengan Konkrit - konkrit tambahan berkualiti sedang dicari untuk dibeli.

Nak kukuhkan ukhuwah ni sangat le susah bukan..?

Nak Istiqamah dalam perjuangan banyak ranjau.

So, jangan bimbang. There's long way to go. Even mase kematian tu dah dekat. InshaALLAH Shah Alam takkan mati punye,

Takkan hilang ISLAM didunie. :)

Okey, eden tak boleh nak skema sangat meng"Update" entry. Sebab eden bukan nak jawab prekse. Lagi pule bukan nak masuk pertandingan entry terhebat.

Cume nak sampaikan sesuatu dengan ayatayat yang paling mudah.

Sume boleh faham. Universal. Kalu, penggunaan ayat-ayat ni menyerabutkan fikiran hampa nak membace, Let me know.

Eh, barubaru ni PEPIAS pusat ade buat  Muktamar agung la!

Yes, sangat jauh daripada post ni. 25 hingga 27 NOVEMBER 2011.


Banyak la usul yang dibentangkan melalui muktamar ni. Nak mencantikkan lagi jalan kerja dakwah katenye. Benar, banyak transformasi baharu perlu dibuat. Banyak perkara musykil yang memerlukan detail. Alhamdulillah, seperti biasa. Ahli Pepias seluruh cawangan turun padang. Adik-adik dari KKPI juga turun padang sambil belajar mengenali apa itu muktamar. Eh, jarangjarang orang tahu apa fungsi muktamar ni. Hanya orang yang pernah hadir je yang tahu. Sebab orang yang tak pernah hadir ni jarang nak ambil tahu. hoho..

tapi, perkataan yang paling sesuai boleh di describekan terhadap muktamar ini adelah "SERIUS"
yelah, nak bincang bende penting.. takkan nak sampaikan sambil main psp pule kan.

Antara usul yang sedang hangat cuba dipraktikkan sekarang ialah ; Mewujudkan produk setiap cawangan untuk menjana pendapatan. Because yes, money is not everything. But, everything in thiz world is money. Atas kesedaran inilah usaha sedang dibuat untuk memudahkan kerja dakwah disamping menjana pendapatan untuk ahli cawangan dan juga cawangan.


Semoga  apa yang dicadangkan, InshaALLAH akan diusahakan dan membuahkan hasil.

Eh, nak taw tak..apa yang cadangan produk untuk cawangan Shah Alam?
Ha, ni saya ambil daripada group FB pepias Shah Alam..yang dipost oleh Adik kesayangan kami; Izzati :


'tentang produk tu pula, seperti yg kita dapat lihat, ramai dalam kalangan ahli kita sendiri mempunyai kameranya masing2... apa salahnya kita menyediakan perkhidmatan fotografi? ada juga manfaatnya... boleh tambah duit tabungan PEPIAS Shah Alam... perkhidmatan fotografi ni atas nama PEPIAS...selain tu, macam yg abg Amirul Syafiq ada cadangkan, kita boleh jual 'button', keychain dan sebagainya....benda yg kecil2 yg orang suka... di button tu kita boleh tulis kata2 hikmah siap sekali dengan nama dan sebagainya lah...cadangan An Nisa' pula, kita boleh jadikan tshirt2 muslimah/apa2 lah yg seangkatan dengannya sebagai produk kita.. tapi yg ni kita kena cari pembekal... rasanya ayah Querida Che'e boleh...(insyaALLAH)....selain tu juga, kita boleh jual penanda buku yg bertulisan khat.... kalau2 ada orang nak buat tempahan nama ke, apa2 lah....sy dan seorang sahabat sy sendiri boleh buat... (berdasarkan kemampuan)....HARAP DIRESPON POST INI! untuk kepentingan bersama... =)'


Memanglah cawangan ini terdiri daripada manusia2 kreatif kan. Alhamdulillah, Amin Ya Robbal 'Alamin ..

SENYUM SIKET!

Assalamua'laikum.

Wednesday, September 7, 2011

Ikatan Ramadan 10 malam terakhir, Bermulanya Syawal :)

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad. Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad.



"Berlalulah Sudah Ramadan, Sebulan berpuasa..
Tiba Syawal Kita Rayakan dengan Rasa Gembira..
Anak Muda di rantauan Semuanya pulang ke Desa..
Ibu Dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga.."

Dalam banyak-banyak lagu raya, bagi sy, Lagu ni le yang paaling menusuk Qolbu.

Dengan kenangan yang termuat di dalamnya, terimbau berjuta kemanisan.

Bait-bait ayat yang terkandung dalam lagu ini kadang-kadang menyebabkan lagu ni tak pernah boring diperdengarkan.

Heheh, kite masih dalam blog PEPIAS, bukan pertandingan jangan lupe lirik yeh! yeh! atau acara komen mengkomen lirik lagu raya.. Jadi, ta perlu tuka siaran anda..

Secara Jujur, Ikhlas, Ikhsan, Dan Islam.. Apa yang anda dapat dalam Ramadan dan Syawal kali ini?

Cepu Mas betul ini soalan. Bersoalan juga hati saye. Ape yang saye dapat?

Adakah tarbiyah Ramadan kali ini berkesan untuk mengetuk hati anda kembali kepada fitrah?

Jika tidak..?

Takkan nak duduk n. pasrah je kott..?

Aidilfitri menjelang tiba,
Meninggalkan Ramadan berlalu pergi,
Mungkinkah denyut, Nafas masih ada
Semasa Ramadan hadir lagi?

Kita masih lagi mempunyai peluang untuk menebus kelopongan yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini.


Dari Abu Ayyub radhiyallahu anhu: 
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: 'Siapa yang berpuasa 
Ramadhan dan melanjutkannya dengan 6 hari pada Syawal, maka itulah puasa 
seumur hidup'." [Riwayat Muslim 1984, Ahmad 5/417, Abu Dawud 2433, AtTirmidzi 1164]



"Barangsiapa berpuasa Ramadhan lalu mengikutinya dengan enam hari Syawal 
maka ia bagaikan mengerjakan puasa satu tahun."

Namun,
Jika seseorang meninggalkan puasa Ramadan padahal dia wajib menqada' puasanya, lalu dia berpuasa enam hari maka puasa syawalnya tak berpahala kecuali 
jika dia telah mengqada puasa ramadannya (Syaikh Muhammad bin Shalih al Utsaimin)



"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa 
terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan 6 hari puasa Syawal, 
karena dia tidak bisa melanjutkan puasa Ramadhan dengan 6 hari puasa 
Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadhan-nya terlebih dahulu." 
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuts wal Ifta', 10/392]


Dikatakan ; Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadannya dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran, maka jika dia menggantikan puasanya selama setahun pun tak dapat menyamai dgn sehari puasa di bulan Ramadan yang telah dia tinggalkan.

WALLAHu 'Alam..


Monday, August 22, 2011

Ihya' Ramadhan.. 1432 hijrah (IHRAM)

Alhamdulillah.. Pada 19 hingga 21 Ogos 2011, sekali lagi aktiviti tahunan PEPIAS telah dijalankan. IHRAM pada kali ini diadakan di Kampung Changkat (PULPA). Dengan 10 malam terakhir yang berbaki, usaha mengimarahkan Ramadhan turut dipertingatkan. Peserta IHRAM pada kali ini adalah seramai kira-kira 60 orang.

Objekti IHRAM ialah;


3.1 Menghayati tarbiyah ramadhan iaitu merasai susah payah mereka yg menderita kelaparan
3.2 Memberikan kemahiran dan interaksi dalam menguruskan program kemasyarakatan.
3.3 Melahirkan rasa prihatin, tanggungjawab, kasih sayang dan ingin membantu golongan yang kurang
      berkeupayaan
3.4 Mendedahkan ahli PEPIAS kepada persekitaran agar ahli menghayati senario lapangan sebenar.


Maka, beberapa aktiviti telah dianjurkan. Antaranya ialah Aktiviti kemasyarakatan yang terbahagi kepada 3 iaitu:

  1. Penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf.
  2. Pengagihan Bubur Lambuk.
  3. dan Aktiviti smart solat untuk anak-anak kampung.
Begitu kuat tarbiyah yang dirasakan. Membawa diri yang hanyut selama ini untuk kembali mengetuk pintu fitrah. Agar kemenangan di AidilFITRI betulbetul mengembalikan umat ini kejalan fitrah sebenar. InshaALLAH..

Abang Zul Sempat berpesan;
"Barang siapa yg memberi mkn kpd mereka yg berpuasa, maka mendapat pahala puasa mereka yg dijamu tanpa kurang sedikit pun" - mafhum hadith..
Kefahamannya: Ramadhan bukan sekadar ibadah individu, dituntut juga utk berbakti kpd ummat.

Di zaman Nabi Khatamul anbiya' Muhammad saw, orang tua mencemuh dan menjatuhkan baginda. Namun, tidak pula pemuda. Pemudalah yang berjuang bersama baginda dan mengangkat baginda bersama kesetiaan. Ayuh pemuda, bangkit dan mengetuai barisan hadapan perjuangan!

Pada 10 malam yg terakhir ini, amatlah sia-sia jika tidak bangkit mengimarahkannya. "Carilah Lailatul Qadr pada malam yang ganjil di 10 malam yang terakhir"  perkataan 'CARILAH' menggalakkan umat bangkit dengan usaha. Bukan hanya sekadar menekankan Hubungan dengan ALLAH sahaja seperti solat-solat sunat dan sebagainya. tetapi, carilah keredhaanNYA dengan hubungan sesama manusia juga iaitu dgn memperbanyakkan sedekah dan amalan-amalan baik yang lainnya.

WALLAHU 'ALAM .:)


Kursus Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI)


          Pada 24 hingga 26 Jun 2011, sebuah kursus iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar Islam (KKPI) telah berlangsung dengan  warna terbang (flying colours) . Kursus ini telah berjaya mendapat penyertaan 148 0rang peserta yang terdiri daripada pelajar Islam tingkatan 4 di sekolah-sekolah sekitar Selangor.

Dengan persekitaran yang mendapat tempat terhijau dihati, Mappetra, Sungai Lui, Hulu Langat telah dijadikan tempat bertamrin selama 3 hari 2 malam bagi peserta, komiti, dan fasilitator.

Beberapa pengisian berobjektifkan sahsiah murni sebagai seorang pemimpin Islam dipraktikkan dalam bentuk LDK.

Pada akhirnya, peserta didedahkan dengan pengurusan program iaitu POA. Alhamdulillah.. :) Kelihatan para peserta begitu semangat sekali melaksanakannya. Mudah-mudahan usaha ini berterusan sehingga sampailah pada waktu yang telah ALLAH tetapkan. 

Amin Ya Rabbal 'Alamin... :)


Monday, May 2, 2011

Assalamua'laikum..

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad wa 'Ala Ali Muhammad :)


Ya rabbi, setelah sekian lama blog ini tidak diupdate. Pejam celik, pejam celik, da masuk bulan Mei dah kite. Dengan masa yang berbaki ni, banyak peristiwe telah meninggalkan kite kebelakang. Dan janji itu semakin dekat menghampiri kite.


Ape yang telah berlaku sepanjang kelopongan post ni??


Banyak.. Pahit dan manis. Itulah fitrah yang disandang pada makhluk yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi bila berada dalam satu jemaah. 


Bila dikatakan Jemaah, maka penyatuan idea itu perlu. Perpecahan pasti berlaku jika tiada penyatuan.


Semua orang tahu bahawa tidak semua idea serta cadangan itu boleh approve. Maka, pasrahlah jika ideamu tidak diterima..Bersedialah untuk menerima idea dan pendapat orang lain.


Jangan gunakan emosi untuk membuat keputusan. Gunakanlah akal untuk membentuk penyatuan agar hubungan antara jemaah ini kekal erat dan kasihnya berteraskan cinta dan sayang kerana ALLAH swt.


hablum minALLAH...
Hablum minnannas...






Untuk mencapai kemanisan iman. Pasti dan pasti hubungan dengan ALLAH itu sangat perlu.


Namun..


Tahukah anda, bahawa hubungan antara manusia itu juga penting??


Sabda Rasulullah saw;


"Tidak akan masuk syurga orang yang tidak beriman. Dan tidak di kira beriman seseorang sekiranye dia tidak menyebarkan kasih sayang"
-al hadith-




Persoalannya, telah  benar-benar tersebarkah kasih sayang antara kita?


'Tiadalah Islam jika ia disebarkan melalui kekerasan dan kebencian'.


WALLAHu'alam.. :)

Wednesday, March 2, 2011

Selamat hari Lahir Sang Murabbi :)



SELAMAT HARI LAHIR SAUDARE MUZAKKIR MOHD NOOR!! :)

YES! ARINI BURFDAY BELIAW.. MAKIN BESA DAN MAKEN TUE.. MAKIN SENANG DYE NAK BELANJE KAMI NANTI. INSHAALLAH.. HEHEHE

DOA' KAMI,
MOGE MENDAPAT KEJAYAAN DIDUNIA DAN AKHIRAT!
AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

LAKEP


BismiLLAHirrahmanirrahim.




Apa itu LAKEP?

Latihan Asas Kefasilitatoran dan Pengurusan

Ohh..

Tajuk Post pun da pelik.. try le letak tajuk yang mudah difahami sikit. Baru la minat na bace tu datang dengan membuaknyee.. ape daa..

Tapi sekarang da paham kan?

Yelahh.. Asik terkene je.. bosan le jadi kerektor cani.


Heheh, ni baru sikit.. anda da melenting.. Saye tak bukak lagi perkataan yang lebih pelik dari biase.


Haa.. ape tu??


KEKUPES?


Oh ye.. saye tahu itu..


taw pulak, jadi ape dye tu?


Kekuatan Pepias..


Tepuk, tepuk KEKUPES!


KE!! KU!! PES!! Semaaaanngaaatt KEKUPES!!


peraturan ke 88: SUKEKANNYE...GANDEKANNYE!!


Ait, lebih2 nampak..


Hehe..


Ukelah, tak mahu celoteh banyak2 lagi.. Jum kite review ape berlaku sepanjang di LAKEP! :)


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
ALLAHumma Solli A'la Sayyidina Muhammad wa A'la Ali Sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, pada 25 hingga 27 hari bulan Februari, Kursus Latihan Kefasilitatoran dan Pengurusan (LAKEP) telah pun berlangsung dengan jayanya.
Seramai 60 orang peserta setiap cawangan telah menghadiri kursus ini.


Kem ini bertempat di Kem Rimba Ria Suara Hutan Sungai Congkak, Hulu Selangor.

Haa.. tengok sajelah Murabbi kite tu bergambar.. hehe:P


Keadaan persekitaran yang nyaman dan sejuk serta mendamaikan menyebabkan kem kali ini meninggalkan seribu satu kenangan manis buat para peserta yang menyertainya.

Pendek kate, RUGI LA SAPE YANG TA JOIN..:)
Serius ni!

Tapi.. bukanlah pasal environment yang nak dikongsikan lebih dalam post ni. Sebaliknya, pengisian..

Apa yang kami dapat time kat sane?
Huhu..soalan yang bagus!

Saye counter attack soalan tersebut dengan soalan. Ape yang kami dapat ialah;

Bagaimanana membentuk diri menjadi seorang FASILITATOR MUSLIM?

Haa.. semestinye banyak sangat bende baru yang kami dapat. Bukan setakat belajar.. malah turut memahami, dan mendalami..

power tak?? heheh

Macam mane tu??


Ni le awok na cite kat teman ni...


Saye difahamkan, Fasilitator terbahagi kepada 2 iaitu;

  1. Fasilitator Muslim
  2. Fasilitator Konvensional
Macam bank pulouk..:P
Da jelas, apa yang membezakan keduanya ialah MUSLIM dan KONVENSIONAL.

Selain itu, objektif yang dibawa untuk disampaikan kepada mad'u (adik2 dibawah tanggunggannya ketika program) juga turut membezakan.

Nak taw ape bezenye? tak lain tak bukan, untuk mencapai Redho ALLAH dan RASUL, serta pengajaran berteraskan akhlak Islamiyah.

Bermakne, disamping mendidik adik2 berdasarkan modul yang diberi, ia dapat mendidik diri iaitu, fasilitator itu sendiri supaye lebih berakhlak dalam menjalani hidup sebagai seorang khalifah.

Tapi sebelum pegi lebih lanjut, tahukah kite ape itu FASILITATOR?

Hehe..Sat, nak fkir dulu..
Tapi, ape pun.. memang betul-betul gempak ini LAKEP.. :)

haa.. tu na lari tajuk le tu..takpe, take ur tyme..

Kite sambung yee..

Untuk menambahkan perise kegempakan LAKEP tanpe menggunekan Monosodium glutamate, maka kumpulan telah diatur.

sebanyak 7 kumpulan telah dibentuk untuk menjadi mangsa provokasi para Jurulatih fasilitator.
Kesemuanya diberi nama berdasarkan tokoh Nusantara serta pahlawan Melayu di zaman silam..

Cam iklan sup bunjut adabi pulaks..:P hehe..

Antara kumpulan tersebut ialah;
  1. Mat Kilau
  2. Hang Jebat
  3. Tok Janggut
  4. Tun Dr Mahathir
  5. SJT (lupe name panjang dye ape)
Dan lain-lain..

Semua ini demi membentuk Fasilitator Muslim, Mukmin, Muslih, dan Mukhsin. :)

Sebenarnye, banyak lagi yang masih belum disentuh. Kite bertemu pada post yang akan datang. InshaALLAH.

Ape pun, SELAMAT HARI LAHIR BUAT SAUDARE MUZAKKIR MOHD NOOR..!!!

Monday, February 28, 2011

Minggu Dua't

BismiLLAHirrahmanirrahim.

Pada 18, 19, dan 20 Februari 2011, telah berlangsungnya Minggu Dua't atau Minggu Dakwah di Plaza Alam Sentral Shah Alam yang telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Tujuan Minggu Dua't ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan NGO's Islam di mata orang awam sekaligus menarik minat para masyarakat untuk melibatkan diri untuk menyertai badan-badan NGO tersebut.

Selain itu, Minggu Dua't juga dijadikan platform Dakwah dan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan dakwah serta perbincangan isu-isu semasa dalam dan luar negara.
Turut juga ditekankan tentang masalah sosial.

Kira-kira 14 buah badan NGO Islam telah terlibat dalam peristiwa ini. (Kalau tak silap la..Tapi yang pastinye, banyak..kalu na senaraikan satu persatu susah juge..)

Antara NGO Islam yang terlibat dalam minggu Dua't ini ialah PEPIAS dan ABIM.

Oleh itu, ahli PEPIAS cawangan Shah Alam telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga Booth pameran PEPIAS. Kami telah berkampung di Pusat beli belah tersebut selama tiga hari dua malam.

Yang menariknya, Booth PEPIAS dan ABIM telah disatukan. Kami telah menjadi antara booth yang paling ramai dan meriah orang didalamnya. Sangat seronok bila bersama-sama dengan semua kakak dan abang.

Alhamdulillah, ramai juga yang bertandang ke booth kami. Moga mereka pulang dengan pemahaman tentang gerakan NGO seperti PEPIAS, ABIM, WADAH, dan lain-lain. Begitu juga kesedaran untuk membangunkan ummah, Agama dan Amr Makruf Nahi Mungkar.

Moga pergerakan kami semua diberkati dan membuahkan hasil.. Amin Ya Rabbal A'lamin.

p/s: Sekali lagi Maaf kerana tidak dapat menghadirkan gamba sepanjang berada disana. :(

Tuesday, February 22, 2011

Biro Latihan Dan kepimpinan Shah Alam.

Alhamdulillah, Setelah perbincangan dilakukan, dua buah unit telah ditubuhkan untuk menjalankan operasi dakwah ke sekolah terpilih.

Gerakan Dakwah PEPIAS Shah Alam Unit 1 dan 2 :

Penubuhan BLK Shah Alam:-

BLK Unit 1

Pengarah: Hazwan
Setiausaha: Jiejah
Bendahari: Mila
Personal Coordinator: Abang Ayiep
Ketua Fasilitator: Wan Nadzirah

Biro

Teknikal: Haziq , Amir
Kebajikan dan Keselamatan: Naim
Makanan: Aiman
Disiplin dan Ibadah: Fahmi / Lahh


BLK Unit 2

Pengarah: Amirul Syafiq
Setiausaha: Nur 'Aliya
Bendahari: Nurhazwani
Personal Coordinator: Asoy+Amirul
Ketua Fasilitator: Asoy

Biro

Teknikal: Azamie
Kebajikan dan Keselamatan: Ahmad Aizat
Makanan: Norashikin
Disiplin dan Ibadah: Muhammad Al-Fitri Shah


Mudah - mudahan unit yang terbina bukan hanya sekadar binaan terbengkalai.

Bertemu nanti di persada dakwah! :)

Monday, February 21, 2011

Asalamua'laikum

Wah, Bagai sedekad tak mengupdate ini blog!


Bagaimana perkembangan kami?


Setakat ni banyak aktiviti yang dihadiri sampai gamba aktiviti sepanjang program pun tak dapat dimuatkan pada post ini..


kenapa??


Agak le kan.. device yang selalu digunakan untuk menangkap gambar di setiap program mengalami kerosakan.


Anda Tahu apa device terbabit??

ini dia! heheh..

Biarpun hanya menggunakan telefon bimbit berjenama nokia n95 ini untuk menangkap gambar, namun hasilnya amat-amatlah memuaskan!

Device ni juge banyak berkhidmat kepada kami secara tak langsung..

Gambar ibarat jantung dalam setiap post blog kami..

kalu na ikutkan, bukan ramai pun yg minat bace..

gambar je lahh yang lebih diberi perhatian..

betul kan?
betul kan?
betul kan?

hehe..


InshaALLAH, jika ade rezeki, dapatlah kami menghadirkan gambar-gambar yang berkualiti dengan digital kamera akan datang nanti.

InshaALLAH.. Nantikan..

Usrah Lanjutan 3

Bismillahirrahmanirrahim..
ALLAHumma Solli A'la Muhammad Waa'la A'li Muhammad.


Alhamdulillah, pada Ahad, 20 Hari bulan Februari 2011, telah berlangsungnya usrah cawangan Shah Alam.

Usrah ini telah diadakan di Laman budaya Shah Alam (dekat kat Masjid negeri dan Tasik Shah Alam tu) dan telah dihadiri oleh ahli cawangan Shah Alam seramai 10 orang. Naqib pada usrah kali ini ialah saudara Amirul Syafiq dan dibantu oleh saudara Ridzuan.



Pada usrah kali ini, buku 'Apa Erti Saya Menganut Agama Islam' karangan Fathi Yakan telah digunakan sebagai rujukan dalam jemaah Shah Alam.

Buku ini bukan sahaja hanya digunakan pada usrah kali ini, malah akan dirujuk pada usrah-usrah yang akan datang. Sampailah Khatam, difahami dan dihayati oleh setiap ahli jemaah . InshaALLAH.

Antara Perkara yang dibincangkan dalam usrah kali ini ialah;


  1. Apa ertinya saya  menganut Agama Islam?
  2. Mengapa kita Perlu beriman kepada ALLAH?
  3. Pengertian Tauhid:
  • Uluhiyah
  • Rububiyah
  • Asma' Wa Sifat
Dan sedikit penambahan daripada saudara pierre. :)

p/s: maaf kerana post kali ini tidak mempunyai gambar usrah :(

Sunday, February 13, 2011

USRAH Shah Alam kedua :)

Bismillahirrahmanirrahim. :)

Pada 13 Februari 2011 jam 10.00 pagi, . Usrah Cawangan Shah Alam telah dijalankan.


Usrah ini bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul A'ziz Shah, Shah Alam dan telah dihadiri seramai 23 orang iaitu 20 orang dari cawangan Shah Alam dan 3 orang lagi dari cawangan Pusat.

Dalam Usrah ini, satu tajuk telah dibawakan berkenaan dengan kepentingan seseorang dalam bergabung dalam jemaah.

Secara ringkasnya, tajuknya ialah seperti berikut;

'FITRAH MANUSIA YANG MEMERLUKAN JEMAAH UNTUK MENGISI KEPERLUAN HIDUPNYA'
Beberapa sub topik telah dikupas satu per satu demi memberikan pemahaman dalam perbincangan.


antara sub topik tersebut;

  1. Apa itu jemaah?
  2. Mengapa berjemaah?
  3. Apa itu jemaah Islamiyah?
  4. Ciri-ciri jemaah Islamiyah.
Juga dibincangkan;
Bagaimana, dan apakah ciri-ciri seorang sahabat yang perlu dicari untuk membentuk jemaah?


Berikut adalah gambar-gambar sepanjang usrah berlangsung;


























Friday, February 4, 2011

Isu Semasa: Analisis Terkini Perkembangan Timur Tengah.

"Forum Isu SemasaAnalisis Terkini Perkembangan Timur Tengah, Siaran Langsung dari Kolej Darul Hikmah, Kajang bersama Prof. Dr Redzuan Othman dan Tn Hj Ahmad Azam Abd Rahman. Anjuran bersama WADAH, ABIM dan PKPIM dengan kerjasama Krew NUR RAMADHAN dan MISG ABIM UK EIRE. Siaran juga dibuat secara bersama dengan saluran Ustream al-Hikmah oleh krew Kolej Darul Hikmah Kajang."


Sila tutup radio kat bawah sekali untuk dengar betul2 ape yang disampaikan. Arap maklum. :)









  • Jika Tersekat, Digalakkan untuk me'refresh'

Jika bermasalah untuk view video boleh ikuti saluran melalui link berikut: