Monday, January 31, 2011

Intisari KELAPE:Ceramah Pengisian 1#

Tanggungjawab Manusia Sebagai Seorang Muslim.

Guru bertanya kepada anak muridnya;

Apa tanggungjawab Ibu, sape leh jawab?

Murid chakap; 
Saye!

Cikgu;
Ha... Kamu Aiman, ape jawaban kamu?

Aiman chakap;
Bagi kasih sayang, cikgu!

Cikgu;
Bagus, sape leh bagi jawaban lagi?

Murid chakap;
Saye, cikgu!

Cikgu;
Ye Nadzirah,

Murid chakap;
Mendidik anak-anak, dan diri sendiri untuk menjadi mukminah sejati supaye lebih bertanggungjawab terhadap keluarge dan anak-anaknye~!
betul cikgu?

Cikgu;
Er.. Betul le tu..erm..mane kamu dapat jawaban Power pack tu ye?

Murid chakap;
..Saye ade terbace kat papan iklan...
hee.. tapikan cikgu.. nak tanye buleh?

Cikgu;
Tanye lah..

Murid chakap;
..Ape tanggungjawab manusia sebagai seorang mukmin ye?..

Cikgu;
er...(senyap seketika)..
bagus soalan kamu ye Nadzirah..

Kedebuk! (buat2 pengsan)


Murid chakap;
Apa yang telah ku lakukan??
__________________________________________________________________


Wah, best jugak soalan tu;
"Apakah tanggungjawab manusia sebagai seorang Muslim?"


Ape perbezaan manusia Muslim ngan yang bukan Muslim??


Pasti banyak perbezaannya..


sebab tulah topik ni wujud..


sebab Orang bukan Islam dan ISLAM berbeza.. Sangat-sangatlah berbeza..


Dari segi Iktiqadnya, Ibadahnya..segale2nyelah.. A to Z..


Cume apa yang dibawa oleh agama2 mereka je mungkin mengiyakan pandangan yang dibawa oleh agama ISLAM.


Agama ta sokong keganaszan dan kezaliman..


Dan mereka kate ye..


Agama bertujuan untuk mengharmonikan Dunia..


Manusia dicipta oleh tuhan..


mereka juge kate ye..

Bagus, kerana terlebih berfalsafahlah mereka tergelincir daripada landasan sebenar.


Samawi dan Ardhi tu.. Sangat berbeza kan??


Begitu juga Samawi yang dipesongkan sesedap hati kek lapis mereka je..


Itu juge sangat2la berbeza..


Kita bertuah! kerana;

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah adalah Islam” (Al-Quran, Al-Imran 3: 1)


Tak de agama lain dah, Hanya ISLAM..


Best tak jadi penganut ISLAM..?


Tapi kita bagaikan tunduk dengan pesongan jauh yang dibawa oleh mereka. Siapa mereka?


Hadith Nabi saw;

Daripada Sa'id Al-Khudri r.a berkata; Bahawasanya Rsululullah saw bersabda;"Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau merka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya."Ya Rasulullah, adakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi menjawab,"Siapa lagi kalau bukan mereka."


Takutnye dengar. Reader ta takut ke?

Make, untuk mengelakkan daripada perkara sebegini berleluasa, kembalilah kepada tanggungjawab kita, iaitu Tanggungjawab sebagai seorang manusia yang bergelar MUSLIM.

Wah, jauh saye pi. Topik saye ta kupas lagi. Maaf maaf maaf.. Heisy..

_________________________________________________________________________________


Berbalik pada tajuk;

Apakah Tanggungjawab Manusia Sebagai Seorang Muslim?

Muslim di definisikan sebagai seseorang yang menganut Agama Islam.

Jadi apa yang membuktikan kita sebagai seorang Muslim?

Adakah hanya berkata, Saya adalah seorang Muslim?

Atau tulisan kecil di kad pengenalan yang apabila dibaca berbunyi "IS..LAM"?
sudah cukup untuk membuktikan keISLAMan kita?

Bila mana bergelarnya manusia itu MUSLIM, maka seharusnya dia mengerti tentang tanggungjawab yang bakal disandang.

Mari kita review;

Rukun ISLAM ada 5


  1. Mengucap dua Kalimah Syahadah
  2. Menunaikan Solat lima waktu sehari semalam.
  3. Berpuasa Dibulan Ramadhan.
  4. Mengeluarkan Zakat.
  5. Menunaikan Haji bagi Yang Berkemampuan.



Rukun Iman ada 6


  1. Percaya Kepada ALLAH
  2. Percaya Kepada Malaikat
  3. Percaya Kepada Kitab
  4. Percaya Kepada Rasul
  5. Percaya Kepada Akhirat
  6. Percaya Kepada Qada' dan Kadar.


Lorh, ape kene mengene sume ni ngan tanggungjawab seorang muslim?


Lorh, camne pule Anda buleh ade kat sini? Ingatkan kat post Intisari lepas je ade.. Bile sampai?

Da lame dah..:)


Oke2..

Perkaitannya ialah, bila namanya pun Muslim, tanggungjawab yang pertama ialah rukun2 diatas tulah! Tanggungjawab ialah satu kewajiban!

Beriktiqadlah dengan rukun Iman yakni percaya dengan sepenuh hati.
Dan laksanakanlah rukun Islam itu dengan Khusuk dan istiqamah serta ikhlas kerana ALLAH swt.

Itu Tanggungjawab dan kewajiban asas bagi seorang Muslim.

Secara ringkasnya, tanggungjawab ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba kepada Rabbnya.
_____________________________________________________________________________

Baik, kita sebagai muslim menyandang tugas-tugas kenabian. Seperti yang telah disebutkan dalam post2 lepas.

Untuk mengelakkan kelewahan dalam penyataan, moleklah sekiranya viewer bace dulu post Intisari lepas.

Ramai yang memberikan alasan dalam menyandang tanggungjawab berdakwah untuk agama ALLAH swt.

Apa mereke  kate?
___________________________________________________________________________

Tak pandai lah..                       Saye jahil!           Ramai saye ta kenal lagi la..ta biase..
                         Ta cukup Ilmu lagi..
Saye bukan beraliran agame..                                      Segan lahh..


____________________________________________________________________________


Persoalannya, jika bukan sekarang.. BILA LAGI?
Bila anda akan belajar..?
Bila anda akan tahu pasal agama?
Sampai bila anda akan segan?
Bila anda akan berkenalan?
Bila?
Yelah, sampai bila?


Sape nak jawab, angkat tangan??


saye!


Ye, ape jawaban anda?


Sekarang lah!


:)


Adakah anda pasti umur anda masih ada pada esok hari?


Pastikah anda??


Baik lah, kite tunggu anda nazak dulu ye.. Pastu baru kite same2 lakukan kewajiban ini.


Saye akan bawak anda gune kerusi roda tu.


Kita ialah siapa generasi kita yang akan datang.


Kita yang membentuk mereka..


Satu penekanan yang amat-amat berkesan perlu diberikan untuk kewujudan pemimpin yang lebih berwibawa pada waktu mendatang.


Tiada lain,

Hanya jalan dakwah dan menyampaikan Sunnah, Akhlak Nabi, dan ayat-ayat ALLAH lah yang terbaik.

Hadith Nabi;
"sampaikan AYATku walaupun sepatah"



Wallahu A'lam.







Sunday, January 30, 2011

USRAH Pembukaan Shah Alam :)

Alhamdulillah, pada 30 Januari 2011 yakni sehari sebelum berakhirnya Januari, Pada pukul 12.00 tengah hari, Pepias Shah Alam telah mengadakan satu Usrah pembukaan yang dihadiri seramai 21 orang iaitu, 2 daripada Pusat,18 daripada Shah Alam dan seorang lagi daripada Cawangan Pandan.


Pandan?? macam mane buleh tersesat? heheh..:P 

Takde lah, cume kate-kate kosong saje.. jangan ambil hati tahu? :)


Baik, sambung2..


Usrah ini merupakan Usrah pertama tahun 2011 setelah sekian lama menyepi dan bermandikan alunan rindu Ibu negeri tersebut terhadap halaqah Usrah Pepias cawangannya.


 Usrah ini telah diadakan di rumah Amir Aizuddin dan keluarga. Kedatangan kami pada detik itu telah disambut oleh dingin rahmat yang memberkati pertemuan kami.


Dalam pertemuan ini, beberapa perkara direncanakan tanpa sengaja , iaitu taaruf kubra, pengenalan tentang PEPIAS secara ringkas, dan peranan seorang muslim, yang disampaikan oleh Yang Disayangi, Saudara Muzakkir Mohd Noor selaku Murabbi Shah Alam.

Berikut merupakan ringkasan perkara yang dibincangkan dan diperolehi;

1.Apa itu Pepias?
...
2.Peranan Muslim..

  • Hamba
  • Khalifah
  • Dai'e
Dan Homework yang diberi kepada kami;
  • Kenapa kita dijadikan daripada unsur tanah?
  • Kenapa, nama kita begini?
objektifnya mungkin skali, untuk kita lebih mengenali diri kita sendiri. Kerana, semakin kita mengenali siapa kita, semakin kita kenal kepada Pencipta kita.


Berikut, merupakan gambar-gambar sepanjang Usrah berlangsung.























Hadith Nabi saw;


Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

p/s : Masakan nasi Ayam di rumah Amir amat-amatlah sedap. Best3!
        Jutaan , Bilionnan, Trilionnan Terima kasih Warga PEPIAS Shah Alam Ucapkan Kepada Tuan Ghumah.

Wallahu A'lam.

Apa itu USRAH?

Susah betul nak ajak orang pi Usrah.

  • Mengapa liat sangat mereka untuk mendekati Usrah
  • Adakah Usrah ini satu aktiviti yang tidak berfaedah?
  • Adakah Usrah ni tak best?




Adehh laa..

Kajian membuktikan 8 daripada 10 orang yang diajak untuk pi Usrah tidak mahu ke Usrah kerana tidak tahu apa itu Usrah.

Tapi yang lebih kelakar, yang buat-buat tak tahu pun ade.

Satu persoalan,

Kalu tak tahu, kenapa tak cuba ambil tahu?Ape kate kalu join dulu..

Erm..

"TAK KENAL, MAKA TAK TAHU"

Bagi yang tak tahu, meh cni saye bantu anda untuk lebih tahu.. 

Wah, banyaknye perkataan 'TAHU'..

Baiklah..

Perkataan usrah berasal daripada kalimah Arab, iaitu (الأسرة) yang bermaksud keluarga. 

Dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau lebih sedap, Famili. :)

Dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam, usrah ialah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Dari segi istilahnya pulak, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud;
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."
Info:)
Pembentukan Usrah pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi-Arqam. Dalam usrah ni, Rasul mengajar kepada mereka yang hadir tentang setiap ayat Quran yang diturunkan. 
Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Usrah selalunya di buat dalam satu halaqah iaitu, bulatan seperti berikut ;

Usrah tidak hanya terbatas kepada perbincangan berbentuk agama je. Malah, dalam usrah boleh cerite macam-macam. Boleh kongsi macam-macam. Selagi mana ia berkaitan dengan ilmu. 

Boleh juge Usrah ni dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat antara sesama ahli.

Maksudnya, sesi kaunseling pun boleh di lakukan la ye?

Yes, sudah semestinya! :)

Kiranya, Usrah buleh juga dikatakan sebagai aktiviti kaunseling kelompok, atau berkumpulan.
______________________________________________________________________________________________

TUJUAN USRAH

Manusia tak boleh berdiri berseorangan. Mereka memerlukan pembimbing setiap masa.
Adakalanya kita tak sedar langsung dengan kesalahan yang kita buat. Jadi, Usrah merupakan medan tarbiah untuk kita saling ingat-mengingati dan saling muhasabah.  

Dengan usrah wujudnya ukhuwah, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli apabila aktiviti usrah dilakukan secara istiqamah.

Mendekatkan diri kepada ALLAH swt. Ilmu yang dikongsi akan menyedarkan kita betapa kerdilnya kita, betapa sedikitnya ilmu kita, dan betapa banyaknya ilmu ALLAH swt. Semakin kita tahu, semakin banyak pula kita sedar bahawa masih banyak perkara lagi yang kita tak tahu.
______________________________________________________________________________________________

ADAB-ADAB USRAH


1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: 
Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5)


Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. (Mutaffaqun'alaih)
 
2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)

3. Menepati Masa
Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun'alaih).

4. Suci
Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: 
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir
Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk (a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja, (b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu, (c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan (d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.


6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan
Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: 
Maksudnya: Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk, 17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis
Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan Ukhuwah
Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)

9. Menuntut Ilmu
Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Muslim)

10. Duduk dengan Sopan
Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88) Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita. 
Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: ... Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim) 

11. Fatihah dan Selawat
Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka. (Tarmizi) Nota penyunting: Berselawat tidak menjadi amalan usrah saya pada masa lalu, sama ada semasa saya menjadi ahli, naqib atau penasihat. Saya mesti membetulkan keadaan ini. Seorang sahabat usrah saya, Samsudin bin Basar, memberi komen bahawa permulaan usrah nampak selari dengan rukun khutbah. Tambahan: Alhamdulillah, pada 11 Februari 1999, apabila saya berpeluang menggantikan naqib, saya telah melaksanakan hal ini.

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: 
Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)

13. Bertanya dengan Izin
Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Apabila Sangat Perlu
Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara
Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman, 3:19) 


16. Tenang dan Serius
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: 
Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)

17. Jangan banyak Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok
Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini. 

19. Jangan Banyak Soal
Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun'alaih)

20. Izin keluar Majlis
Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang muafik.
Firman Allah, maksudnya: 
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)

21. Jangan Bertengkar
Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman, maksudnya: 
Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Oleh Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

22. Berusaha mengenali sahabat
Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksud hadis: 
Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya  beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

24. Bersalaman
Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t., maksudnya: 
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman Allah s.w.t. lagi: Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Al-A'raf, 7:199)

25. Bersegera Pulang
Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.


26. Menjaga Rahsia Jemaah
Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.
Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah


Wallahu A'lam

Thursday, January 27, 2011

Intisari KELAPE.

Alhamdulillah selama 3 hari 2 malam, HATI , badan, mata, telinga, tangan, hidung dan pencaindera lain telah berjaya menghadirkan diri ke program Kursus Latihan Asas Pepias KELAPE iaitu bermula daripada 21 hingga 23 hari bulan Januari 2011.


Program ini bertempat di Masjid al-A'zim Pandan Indah, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh setiap cawangan di Selangor iaitu, cawangan Shah Alam, Pandan, Bangi, Petaling Jaya, Gombak, dan Ampang.


Jadi, Kenapa saya ke sana?
__________________________________________________________________________________
                   Memenuhi masa lapang?
                                                                                                                                                Saje-saje?
Cari Awek?
                                                                Kawan suruh?
   Terpaksa?
                                      Cari bakal menantu mak?
  Takut Abang K marah?

Dapat makan tanpe membelanjekan wang lebih, jimat? hanya bayar 10 ringgit  je dapat makan 3 hari dua malam. Pastu 4 kali sehari pule tu waktu makannye.. jimat2..
__________________________________________________________________________________

Eisy, ke situ pulak, takde lahh..! -_-"

Setiap program harus ade objektif tersendiri. Maka, kedatangan saya ni sebab na capai objektif tu lah.

Jadi, Apa objektifnya?

Meh sini saye bagitaw :)

Untuk;

  1. MENGENAL MAKNA DIRI.
  2. MENGETAHUI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG MUSLIM.
  3. PENEKANAN TENTANG PENGAWALAN DIRI
  4. KEPERLUAN MENGGABUNGKAN DIRI DENGAN JEMAAH.
Dalam tajuk ni, banyak sub topik yang dapat dikeluarkan. :)
InshaALLAH, saye akan terangkan serba sedikit untuk review diri sendiri.

Tapi sebelum tu, nak ceghita sikit ni. Perjalanan kami pi KELAPE selepas pulang dari KESARI amat2lah best.
Berikut adelah gambo2nye :-


Jalan sesak ketika dalam perjalanan ke KELAPE.

driver kite - tenang dalam pemanduan~
Sempat tidoq-tidoq dulu :)
sampai-sampai terus bincang. rajin tak ? :P
__________________________________________________________________
Ingin saye bawakan kupasan Halaqah pertama, Iaitu;

MENGENAL MAKNA DIRI:
Ada apa dengan diri?
wah, soalan cam tajuk cerita jiwang.

Saya mahu tanyakan soalan ini;

Siapa Anda?

Wahaha.. Saye orang lahh, takkan hantu pulak?

Asal Anda?

Shah Alam! :)

Kampung Anda dimana?

Pulau Pinang! :)

Cita-cita Anda?

Jadi orang kaya menjelang umur 23 tahun! :)

Bagaimana mahu mencapai cita-cita Anda?

Masuk U lah, pastu buat perniagaan sikit2.. jual minyak wangi ke. pastu, komisen masuk. wah, kaye den!

Apa yang Anda buat disini?

Buat ape-ape je..

Kemana hala tuju Anda selepas ini?

Nak keluar rumah pun, tak de kawan. Pasni nak tido je kut.

Bagus, anda telah berjaya menjawab semua soalan dengan jayanya.

Sememangnya anda ialah 'orang'. Benar ape yang telah anda jawab. Tapi, Siapa?
Adakah anda orang yang sekadar orang?

tidak...

Hadir anda ke atas muka bumi ini mempunyai maksud tersendiri dan berhikmah

firman Allah swt;

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu
(daripada tiada kepada ada) dengan tiada sebarang hikmat daripada penciptaan itu?
Dan kamu pula (menyangka bahawa) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka
(dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam,
lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai
Arasy yang mulia. 
(Surah Al-Mu'minun 23: Ayat 115-116)


oke2, jadi ape jawaban yang sebenarnye bagi soalan-soalan diatas?

anda kata senang bukan?

Secara ringkasnya,

Siapa saya?


Kita ialah Hamba Allah. Milik Mutlak Allah. Kajilah ape tujuan kita berada diatas muka bumi ini.
firman Allah swt:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali mengkehendaki sebarang
pemberian rezeki  daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka
memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah sahajalah Yang Memberi
rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai
Kekuasaan yang tidak terhingga, Yang Maha Kuat lagi Kukuh kekuasaanNya.
(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)


Maka, tidak lain, kita adalah hamba yang diciptakan hanya untuk beribadah kepada ALLAH swt. 

Bila nama pun dah hamba, maka bertindaklah seperti hamba. Kita telah yang dipilih oleh ALLAH untuk diuji keimanannya.

Jangan pule fikir ALLAH memerlukan kita. Jika kita tidak beriman dan meninggalkan ALLAH, ALLAH tidak rugi sedikit pun.

Sebaliknya, kita yang mengalami kerugian besar!

ALLAH tidak memerlukan kita, Sebaliknya kita lah yang memerlukan ALLAH.

Sape Tuhan sekarang, Anda ke ALLAH?

Fitrah manusia tu memerlukan Tuhan,

tapi kebanyakan mereka berfikir menggunakan nafsu dan hanya menerima logik akal sehingga mereka mengangkat tuhan selain ALLAH.

Tidaklah manusia itu dapat meneka atau mengetahui apa-apa tentang yang ghaib melainkan hanya ALLAH.

kalu ade pun, dusta belaka.

Jadi fikir-fikir kan la ye..

urmm..Selain tu?

Sedarkah kita bahawa setiap daripada kita ni ialah seorang Dai'e?
ha,Bai'e??
Bukan Bai'e..tapi DAI'E iaitu,pendakwah. Heisy..

Ape tu dakwah?

dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah.

 maka, kita bertanggungjawab dalam menyebarkan dan memperkenalkan kalimah

kepada semua orang diatas muka bumi ni..


Firman ALLAH swt;


Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran)
ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).


Kite ni menganut agama ape ye, ISLAM kan?
firman ALLAH lagi;

"Kamu(wahai umat nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) buat manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah swt"
(A'li-I'mran:110)


"Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh orang berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat sedemikian ialah orang yang berjaya." 
(A'li-I'mran:104)



Dalam sebuah hadith;


Hazrat Abu Sai'd al-Khudri r.a berkata bahawa saya mendengar Rasulullah saw bersabda; "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itu pun tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang demikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya." (dipetik daripada kitab at-Taghrib, Hadith Riwayat Tirmizi, Muslim, Nasai, dan Ibnu Majah)


Banyak lagi Hadith dan ayat Al-Quran yang menerangkan kepentingan berdakwah.
____________________________________________________________


Dikisahkan bahawa di sebuah kampung, terdapat penduduk yang beribadah dengan amalan yang hampir sama taraf dengan Ibadah para Nabi.


Tapi Akhirnya, mereka semua diazab.


Nak taw kenapa?


Kerana mereka semua mementingkan diri sendiri dan beramal untuk diri mereka tanpa memikirkan orang lain.


Bila terlihatnya mereka dengan maksiat di hadapan mata, mereka hanya memandang dan berkata.


'Amal sendiri-sendiri, Wat jahat sendiri tanggung, Kubur lain-lain"


mereka hanya berlalu, dan membiarkan maksiat terus berlaku.


Last-last, ape jadi?


Mereka semua diazab. Nau'zhubillah.
_________________________________________________________________



Kita juga adalah seorang khalifah di atas muka bumi.
firman Allah swt;

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.''
(al-Baqarah:30)


atau dalam kata lain, khalifah tu pemimpin.


Ha?


Ape pulak..


Saye orang biase je.. ta penah pule jadi pemimpin orang segale ni..


Udah tu, awak tu bukan orang? Khalifah disini bukan hanya bermaksud pemimpin dalam masyarakat atau negara. Tapi kita juga menjadi pemimpin kepada diri kita sendiri serta, Allah berfirman;


"Ingatlah ketika ALLAH berfirman pada para Malaikat; "Sesungguhnya aku hendak menciptakan seorang khalifah dimuka bumi"
(al-Baqarah: 30)


Maknenye, ALLAH mempertanggungjawabkan kita untuk menjaga bumi ni sesuai dengan perlantikan kita sebagai Khalifah di muka bumi. Jika kita tidak menjaga bumi ini sebaik-baiknya, maka camni la jadinya:-





Kerosakan dan maksiat berlaku di sana-sini. Perkara ini telah pun berlaku. Maknanya, konsep Khalifah di muka bumi menurut ISLAM tidak dihayati dengan sebaik-baiknya. Peranan Khalifah tidak hanya dibataskan kepada pemimpin negara, Parti politik atau ape-ape pun.

Secara ringkasnya, manusia itu Khalifah kepada :-

  1. Diri sendiri
  2. Bumi
  3. Orang dibawah tanggungannya.
Maka:

>MANUSIA memimpin dan menjaga bumi daripada kerosakan
>PEMIMPIN NEGARA memimpin negara, rakyat, menjaga segala keperluan rakyat, dsb
>BAPA, memimpin isteri dan anak-anaknya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt.
>IBU,memimpin anak-anak, dan mendidik mereka  dengan akhlak yang mulia. 
>INDIVIDU, memimpin diri sendiri dan mengelakkan diri daripada berlaku zalim terhadap diri sendiri dan orang lain.

Faham setakat ni?

Faham..faham..faham..

Alhamdulillah..:)
_____________________________________________________
Asal Anda?

Ape Anda kate tadi, asal Shah Alam ye..?
PEPIAS Cawangan Shah Alam terhebat kan?

Hahah.. Promot Cawangan sendiri le pule.. :P

Sebenarnya Anda, soalan saye ini menginginkan jawaban fitrah daripada anda. :)


Dalam Al Qur'an disebutkan bahawa proses asal kejadian manusia ini terdiri daripada tujuh peringkat.


Pertama#: Dalam surah Ar Rahman ayat 14: "Dia menjadikan manusia seperti tembikar (tanah yang dibakar)". Yang dimaksudkan dengan kata "Shal-shal" di ayat ini ialah: Tanah kering atau setengah kering yakni "Zat pembakar" atau Oksigen

Kedua#: Dalam ayat itu disebutkan juga kata "Fakhkhar" yang maksudnya ialah "Zat Arang" atau karbon.

Ketiga#: Dalam surah Al Hijr, ayat 28: "dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang manusia dari tanah kering dan lumpur hitam yang berbentuk". Dalam ayat ini, tersebut juga "shal-shal" yang telah saya terangkan terangkan tadi, manakala kata "Hamaa-in" dalam ayat tersebut merujuk "Zat Lemas" atau Nitrogen.

Keempat#: Dalam surah As Sajadah ayat 7: "Dan Allah menjadikan manusia berasal daripada tanah". Yang dimaksudkan dengan kata "thien" (tanah) dalam ayat ini ialah "Atom zat air" atau Hidrogen.

Kelima#: Dalam Surah Ash Shaffaat ayat 11: "Sesungguhnya Aku (Allah) menjadikan manusia daripada Tanah Liat". Yang dimaksudkan dengan kata "lazib" (tanah liat) di ayat ini ialah "Zat besi" atau ferrum

Keenam#: Dalam Surah A'li I'mran ayat 59: "Dia menjadikan Adam daripada tanah kemudian Allah berfirman kepadanya "jadilah engkau, lalu ia berbentuk manusia". Yang dimaksudkan dengan kata "turab" (tanah) di ayat ini ialah: "Unsur-unsur zat asli yang terdapat di dalam tanah" yang dinamai "zat-zat anorganis".

Ketujuh#: Dalam surat Al Hijr ayat 28: "Maka setelah Aku sempurnakan (bentuknya), lalu Kutiupkan ruh-Ku kepadanya"

Wah, hebatnye ALLAH..

demikianlah tujuh unsur dalam asal kejadian manusia menurut Al-qur'an yang di ambil dari K.H. Bahaudin Mudhary, almarhum (1920 –1979).

Kita ni begitu kompleks sebenarnya.

Hadith Nabi saw:

"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang benar dan dibenarkan. Sesungguhnya seorang diantara kamu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) dalam rahim ibunya (embrio) selama empat puluh hari. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan segumpal darah. Kemudian selama itu pula (empat puluh hari) dijadikan sepotong daging. Kemudian diutuslah beberapa malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya (untuk menuliskan/menetapkan) empat kalimat (macam) : rezekinya, ajal (umurnya), amalnya, dan buruk baik (nasibnya)." (HR. Bukhari-Muslim)

Sat3.. nak tanye, kalu dah ditetapkan pasal rezeki, amal, dan buruk nasib, mengapa perlu kita susahkan diri kita sedangkan semua itu telah ditetapkan?

Anda,
Firman ALLAH swt;

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd (ayat 11)

Allah tak kejam..

Hidup ni berdasarkan pilihan. Jika kita memilih untuk kufur, maka kufurlah jadinya. Jika memilih untuk menjadi baik, maka baik pula yang kita dapat balasannya.

Tidak pula ALLAH menetapkan seseorang untuk masuk ke neraka melainkan itu adalah pilihan individu itu sendiri.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah dan jika ada kebajikan sebesar zarah niscaya Allah akan melipatgandakan dan memberikan dari sisi-Nya pahala yg besar.”

Hadith Nabi saw:

"Ketika aku mengiringi jenazah di perkuburan Baqi' Al-Gharqad (di Madinah). Lalu Rasulullah s.a.w menghampiri kami lantas baginda duduk dan kami juga duduk di sekitarnya. Baginda memegang sebatang tongkat dan menghentakkan tongkat itu ke tanah. Baginda kemudiannya menggariskan tanah dengan tongkat tersebut dan bersabda: Setiap orang dari kamu, setiap jiwa yang bernafas telah ditentukan oleh Allah s.w.t tempatnya di Syurga atau di Neraka. Begitu juga nasibnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t, apakah dia mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. 


Sayidina Ali k.w berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Kenapa kita tidak menunggu ketentuan kita terlebih dahulu kemudian barulah memulakan amal ibadat? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kebahagiaan, sudah pasti dia mudah melakukan amalan golongan bahagia. Begitu juga sesiapa yang termasuk dalam golongan yang mendapat kecelakaan, dia juga sudah pasti mudah melakukan amalan golongan celaka. Baginda bersabda lagi: Lakukanlah amalan kerana segala-galanya dimudahkan. 


Golongan yang mendapat kebahagiaan akan dimudahkan melakukan amalan golongan yang mendapat kebahagiaan. Manakala golongan celaka pula akan dimudahkan melakukan amalan golongan celaka. Seterusnya baginda membaca ayat Yang bermaksud: Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa dengan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikan dia kemudahan untuk mendapat kesenangan Syurga. 


Sebaliknya orang yang bakhil daripada berbuat kebajikan dan merasakan cukup dengan kekayaannya dan kemewahannya serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan."

ALLAH MAHA Adil!
Jadi, berusahalah untuk jadi yang terbaik ye!!

Ni nak bagitau ni. Kita ni sangat lemah sehingga ketika dalam rahim ibu pun, kita terpaksa berkongsi makanan dengan ibu kita.

Rasa-rasanya, kalu dibolehkan untuk makanan itu disekat daripada sampai kepada kita, hidup tak kita sekarang?

Sah2 la mati kebulur dalam perut tuh.

Siapa pula yang bagi kita makan?

Tentulah ALLAH.

Walaupun semiskin mana pun seorang ibu tu, bila dah ditetapkan ALLAH untuk bayi dalam kandungan tu lahir, ai pasti akan lahir. Kehidupan dalam rahim tu pulak, ialah kehidupan yang amat "mengenyangkan". :)

Kita berasal daripada sari pati tanah yang apabila jatuh ke tanah, ayam ta patuk, itik tak sudu. Nak katekan hinanya kite ni. Tapi kita diangkat ke satu mercu,

Yang tarafnya lebih tinggi daripada semua makhluk yang ada diatas muka bumi ni.

Yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

Tapi, sejauh manakah martabat itu diangkat, sekiranya kita bertindak seperti binatang dan melanggar fitrah??

FIKIRKAN. :)

_________________________________________________________________________

Kampung Anda?

Wah, Pulau Pinang?

Pulau Mutiara Tu eh?? 

chantek gile kat sane kan? :)

Wah..Wah..Wah.. :))

Tu ke jawaban yang awak nak?

Anda rase?

Tak...

Pandai..:P

Saye ringkaskan oke.. saye taw, Anda ta suke saye celoteh panjang-panjang ni. Tengok muke pun da taw :P

Jadi, dimanakah Perkampungan kita, Ya, semestinya, persinggahan selepas kematian kita. Alam Barzakh, iaitu perkuburan.



Apa yang dialami time dalam kubur?


Roh itu naik ke langit dan diperlakukan sesuai dengan amalnya di dunia. 

Bila roh itu berasal dari orang yang beriman, maka pintu langit akan dibukakan untuknya dan disambut dengan hangat. 

Sebaliknya, bila roh itu dari orang kafir, zalim dan berlumur dosa, maka pintu langit akan tertutup untuknya dan mendapat perlakuan yang hina.

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan.
Bahkan roh itu akan dicampakkan dari pintu langit sebagaimana firman Allah SWT:

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh. .

Dua ayat inilah yang diucapkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadits shahih yang panjang ketika menjelaskan bagaimana ruh orang beriman dan ruh orang jahat. Salah satu potongannya dinukilkan berikut ini:

Rasulullah SAW bersabda, ”…Lalu roh jahat itu dikembalikan ke dalam jasadnya dan dua malaikat mendatanginya seraya bertanya, ”Siapakah rabb kau? Orang itu menjawab;

"hargh!..aku tak taw”.

Malaikat itu bertanya lagi,”Siapakah manusia yang diutus kepada kalian?”. 

“hargh!..aku tak kenal”, jawabnya. 

Lalu diserukan suara dari langit bahwa dia telah mendustakan hamba-Ku. 

Maka dekatlah dengan neraka dan dibukakan pintu neraka hingga panas dan racunnya sampai kepadanya. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulang-tulang iganya saling bersilangan. 

Dan didatangkan kepadanya seorang yang wajahnya buruk, pakaiannya buruk dan baunya busuk dan berkata kepadanya;
”Berbahagialah dengan amal jahatmu. Ini adalah hari yang kamu pernah diingatkan. 

Dia bertanya,”siapakah kamu, wajahmu adalah wajah orang yang membawa kejahatan?” “Aku adalah amalmu yang buruk”. “Ya Tuhan, jangan kiamat lagi!”

Mudah-mudahan kita mati dalam keadaan beriman dan ISLAM.
Dijauhkan daripada azab kubur.
Dan dimudahkan segala urusan.
Amin Ya rabbal A'lamin.

Cita-cita Anda?












Jadi orang kaya menjelang umur 23 tahun?

Jangan Mention ape-ape..

Lorh, saye tak cakap ape-ape pun lagi..

Saye dah taw ape jawabannya. :)

Orait, kalu camtu saye berminat nak tahu daripada awak pule. :)

Mendapatkan Mardhotillah..

Apa itu Mardotillah?

Keredhaan ALLAH la..

"sesungguhnya, Solatku, Ibadahku, Hidup, dan Matiku Hanya untuk ALLAH, Tuhan Sekalian Alam"

saye pakai pengiraan ni:









Maknenye, untuk mendapatkan Redha ALLAH, perhambakanlah diri kita sepenuhnya kepada ALLAH.

Bila hidup tidak diredhai, maka dunia ibarat neraka yang Abadi.

Bibir mungkin boleh tersenyum, tapi hati sentiasa tiada tenteram.


Dan pasti dan pasti, cita-cita kita ialah SYURGA ALLAH swt.


:)

Alhamdulillah..saye juge begitu.. sape tamao masuk Syurga kan?? tempat di sempurnakan semua kemahuan NAFSU kita yang kita tahan di dunia. jika nak diterangkan gambaran al-Quran tentang syurga kat cni, amat-amatlah panjang. InshaALLAH, pada post yang mendatang, saye akan selitkan tajuk ini. :)

Bagaimana Mahu mencapai cita-cita anda?
Hurmm..

Takpe, yang ni bia saye yang bagitaw..

Orait! :)

Untuk mencapai cita-cita ni, kita mestilah memiliki dan me'MUSLIM'kan diri kita dari setiap sudut.

Camne tu?

camni;

  • Saya mestilah Muslim dari sudut Akidah
  • Saya mestilah Muslim dari sudut Ibadah
  • Saya mestilah Muslim dari sudut Akhlak
  • Saya mestilah Muslim dari Sudut Syariat
Muslim dari sudut Akidah, Iaitu
Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan
yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak
memerlukan pertolongan sesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam
ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling
perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah
mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak
berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.

Firman Allah s.w.t

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah
dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa
yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya' 21: Ayat 22)

Muslim dari sudut Ibadah iaitu :

Ibadah ini juga memberi kesan yang mendalam di
dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitu juga dengan
ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji
serta amalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi
dan dalam mengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian
'ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh
hidup manusia dipelihara agar menjadi 'ibadah dan taat kepada Allah s.w.t
seperti yang dinyatakan oleh Allah:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki
pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan
kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya. (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)

Firman Allah seterusnya:
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-
An'am 6: Ayat 162)

Muslim dari sudut Akhlak:

Saya mestilah Mencontohi Akhlak Rasulullah saw. Dan mengikut Sunnah Nabi saw.

Muslim dari sudut Syariat:

Saya Mestilah Mengamalkan setiap sesuatu dan membatasinya dengan undang-undang dan syariat ISLAM. Taat kepada ALLAH.

Apa yang Anda buat disini?


Hum..dalam banyak2 soalan, soalan ni paling memusykilkan.


Awat?


sebab saye yang tulis, saye yang jawab balik.. :P


Ye tak ye, kite ni orang yang same. Jadi, bia saye yang jawabkan.

Orait, teruskan..


Tak lain tak bukan, berkongsi Ilmu lah.. :)
Baik, teruskan dengan soalan berikutnya;


Kemana hala tuju Anda?














Anda jawab, tak tahu..


okelah, mungkin awak ta paham.. Saya bagi soalan mudah ye..

Apa matlamat hidup awak sebenarnya?

Oh, dah tentu la nak berjaya. Nak jadi yang the best among the best! :) Na jadi terhebad!


Bagus, saye juga begitu!


Dari kecil saya dilahirkan..


Mak saye tatang saye macam minyak yang penuh...


Kalau Anda tanye saye, adakah saye bahagia?


Tentunya saya bahagia...


Tapi sampai bila??


Ketika saya beumur 6 tahun..


Mak masukkan saya dalam sekolah rendah..


Awak tau tak, straight dari darjah 1 sampai 6 saya dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Markah full ye memanjang.. Sampai le saye dapat result UPSR. Straight A's!


Kalu awak tanye saye, Bahagia tak?


Tentunya saya bahagia..


tapi sampai bila??


Ayah hanta Saye masuk sekolah menengah berasrama penuh..


bila masuk tingkatan 3..Saye amek PMR..


Awak taw ta.. Saye dapat Straight A's lagi..


Kalu awak tanye saye, saye bahagia tak?


Agak2 ape jawaban saye?


Mestila bahagia..


Tapi sampai bila??


Pastu, saye amek SPM.. 


Saye dapat Straight A's lagi..!



tentu awak tanye lagi, Bahagia tak?

Tentunya saya bahagia..

tapi sampai bila??

Bila saye da dewasa.. bekerja, saya dapat banyak duit..

awak tanye, saye bahagia tak?

Bahagia!!

tapi sampai bila??

saye dapat, isteri cantik.. anak sume comel2..

Kalu awak tanye saye, saya Bahagia tak?

Tentunya saya bahagia..

tapi sampai bila??

saya nak mati dah..

saya akan bertemu dengan Tuhan saya..

agak-agak awak lah.. adekah saye masih bahagia pada waktu bertemu tuhan saye nanti??

Jadi, kemana Hala tuju saya?

satu-satunya...

Saya mahu bahagia ketika bertemu dengan tuhan saya Kelak..

Apa impian saya?

Di Jauhkan Daripada AZAB API NERAKA.


InshaALLAH,  akan saye kupaskan tajuk halaqah yang lain pada waktu mendatang :)

So, Kesimpulan untuk Halaqah pertama program kelape:


  1. Manusia diciptakan bukan sia-sia. Setiap manusia mempunyai peranan masing2
peranan utamanya ialah sebagai:

  • Hamba
  • Khalifah
  • Pendakwah
     2.  Asal manusia itu adalah daripada sari pati tanah (mani) dan terbentuk dalam rahim dalam keadaan lemah.
     3. Perkampungan hakiki manusia itu ialah kubur.
     4. Cita-cita hendaklah ditujukan untuk mendapat Redha Allah dan Syurga.
     5. Jika hendak mencapai cita-cita, hendaklah membetulkan segalanya iaitu, mestilah muslim dari sudut Akidah, Ibadah, Akhlak, dan Syariat.
     6. Hala tuju - ingatlah tentang kematian. Dan mohonlah untuk dijauhkan dari azab api neraka. 

SELESAI HALAQAH 1#

Jumpa lagi pada halaqah ke 2! :)

InshaALLAH.:)