Saturday, January 15, 2011

Asalamua'laikum

Hari ni Ambo nak berkongsi sikit kata-kata berkuasa yang ambo petik daripada sebuah buku karangan Harun Yahya.

Bestnya perkataan ini, membuatkan ambo start berfikir;

'Apa tujuan ambo diciptakan di atas muka bumi ini?'

Bahawa sesungguhnya Seorang tua duduk di tepi jendela termenung jauh. Berapa km tak tahu lah, tapi jauh.

Sedar tak sedar, dia telah berumur 70 tahun.  Dia mengenangkan kembali semua tentang hidupnya dari start dia muda dulu sampai le kerepotnya beliau. Dia mula berkata; "70 tahun ni sangat pantas!'

Dia mula sedar bahawa hidupnya taklah panjang mana seperti apa yang dia harapkan masa muda-muda dulu. Kini, pak cik ni terpaksa menerima kenyataan bahawa dia telah meninggalkan 70 tahun kehidupannya di belakang.

Bila orang tanya pasal kenangan dan sejarah dia, semua cerita tu hanya memakan masa 7 hingga 8 jam je kalau dia cerita balik. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kehidupan yang diberi title, " kehidupan selama 70 tahun."

Minda yang semakin tua dan dimamah usia itu mula menimbulkan banyak persoalan. Soalan ini  perlu difikirkan dan dicari jawabannya tentang sesuatu hakikat kebenaran untuk memahami seluruh aspek kehidupan.
Jadi,
"Apa sebenarnya maksud kehidupan yang sedang kita lalui dan berlalu ini?"

jawaban yang bakal dapat seratus markah untuk soalan ni terletak pada dua kategori besar; Jawaban yang diberikan oleh orang yang beriman dan bertaqwa kepada ALLAH.
dan 
Yang tak percaya kepada-NYA.

Yang tak beriman akan jawab lebih kurang camni;

"Aku hidup ni hanye sia-sia jelaa..ape dapat?? Apesal aku idup aku pon tak taw..time kecik2 dulu, mak bapa tanggung dengan kasih sayang dan kehangatan cinta, aku blaja pandai2, bila da besau, kawen la pulak.. wah, aku dapat anak comel - comel sumenya. Aku da susun perancangan hidup aku baik2. Tapi last-last, itu sume berlalu tinggalkan aku. Aku telah berjaya dalam perancangan aku, matlamat yang aku rancang da membawa aku ke matlamat lain dan menguasai aku sehingga aku tak sempat nak fikir ape tujuan hidup aku. Sekarang, 70 tahun da berlalu, aku try search apa maksud semua kehidupan ni. Sebenarnya, Aku lalui semua untuk mak ayah aku ke? Untuk Isteri aku? untuk anak-anak yang jarang jengok aku sekarang?

Arghh!! tension2!!!

Aku sedar, aku sekarang sangat-sangat la hampir dengan kematian. Lambat laun, Aku akan mati dan hanya tinggal kenangan yang samar-samar di ingatan orang. Apa akan jadi pastu? serius, aku takde ape2 idea pasal tu, yang pasti, Aku sangat-sangat takut bila memikirkannye.

Mesti ada sebab mengapa orang ini berputus harap. Teman-teman, Ia mudah kerana dia tidak dapat memahami bahawa alam semesta, makhluk hidupan dan manusia. sebenarnya sejak awal-awal lagi telah ditetapkan matlamat yang harus dituju oleh mereka dalam kehidupan ini.
Hakikatnya ialah, kewujuan kita di atas muka bumi ini adalah diciptakan.

Orang yang bijak akan terkesan bahawa perancangan, susunan, hikmah wujud di setiap keterangan dalam kepelbagaian ciptaan dunia ini. Hal ini akan menariknya untuk mengakui kewujudan sang pencipta.

Maka,semua makhluk di atas muka bumi ini bukanlah terwujud dalam proses rawak ataupun tidak sedar, semuanya mempunyai tujuan yang penting. 

Allah banyak kali tarbiah kita dalam al-Quran mengenai tujuan sebenar kehidupan, yang selalu dilupakan dan menitipkan bersama nasihat-nasihat yang menerangi minda dan kesedaran.

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, dan adalah 'ArasyNya diatas air, agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya."
(Hud, ayat 7)

ayat ni bagitau kita tentang tujuan kehidupan untuk orang yang beriman. Mereka sedar bahawa dunia tempat mereka diuji oleh Maha Pencipta. Atas sebab ini, mereka mengharapkan untuk berjaya dalam ujian ini dan mendapat syurga dan balasan yang baik daripada ALLAH s,w,t,

Wallahu a'lam. :)

No comments:

Post a Comment