Tak lain tak bukan, mestilah disebabkan oleh; tapak konkrit yang disusun dengan unit-unit kecil (bata) yang berpaut pada rangka bangunan dan diikat dengan simen dan berpaut pada rangka bangunan yang terdiri daripada tiang-tiang dan bahagian-bahagian lainnya.
Paham tak?
Kalu na lebih faham, tanyela kat Pelajar Civil Engineering, Atau daripada fakulti Ukur tanah. :P
Begitu lah nak ibaratkan dengan masyarakat atau ummah yang berada dalam keadaan yang baik, kukuh, kuat,dan power, yang terbina daripada kesatuan keluarga sihat sejahtera. Lebih kukuh lagi jika keluarga itu terdiri daripada individu yang baik-baik serta amanah dan bertanggungjawab.
Jangan mengimpikan keluarga yang baik itu terbentuk kecuali ia berdasarkan akidah yang kukuh dan berpedomankan Syariah ALLAH s.w.t yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Perkahwinan yang berdasarkan nafsu semata-mata, atau kerana rupa paras yang cantik dan menggoda atau kerana sesuatu yang bersifat 'keduniaan' macam harta, pangkat, atau kedudukan tanpa disertakan dengan nilai-nilai iman dan syariah Illahi, nescaya perkahwinan tersebut menemui jalan buntu untuk mendapatkan kebahagiaan dalam erti kata sebenarnya.
Yelah, ensem, cun, putih melepak, bergetah, semuanya bersifat sementara. Begitu juga duit yang penuh satu guni. Bila nafsu yang menentukan sebab perkahwinan, maka tak lain kerosakan dan kebinasaanlah jawabannya.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;
"Ada tiga perkara yang Allah sedia menolongnya, iaitu orang yang berjihad di jalan ALLAH, seorang hamba yang mencari wang tebusan untuk membebaskan dirinya dan orang yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya (daripada melakukan zina atau sebagainya)."
(riwayat al-Tarmizi, Ibnu Hibban dan al-Hakim).
"Seorang hamba Allah yang telah beristeri, maka sesungguhnya dia telah melengkapi separuh agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah untuk memenuhi kekurangan sebahagian lagi."
(Riwayat al-Baihaqi)
Mari kita renungkan fenomena yang selalu berlaku dalam masyarakat kini, krisis akhlak, maksiat yang berleluasa di sana sini, dan sebagainya. Sebab berlaku perkara seperti ini adalah punca terbesar daripada rumah tangga yang kucar-kacir dan tidak bahagia.
Lantaran hidup lebih menitik beratkan material semata-mata dan mengabaikan kerohanian, maka masa,tenaga, dan pemikiran lebih ditumpukan untuk mengumpul harta kekayaan je. Sementara tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan.
Tidak memadai jika suami mencari harta dan isteri juga turut bekerja atau makan gaji. Dengan kurangnya belaian kasih sayang daripada ibu bapa, akibatnya anak-anak menjadi liar dan tidak bermoral.
dipetik dan diubahsuai daripada risalah Masjid :)
-Ingat-mengingati-

No comments:
Post a Comment