Sunday, January 30, 2011

Apa itu USRAH?

Susah betul nak ajak orang pi Usrah.

  • Mengapa liat sangat mereka untuk mendekati Usrah
  • Adakah Usrah ini satu aktiviti yang tidak berfaedah?
  • Adakah Usrah ni tak best?




Adehh laa..

Kajian membuktikan 8 daripada 10 orang yang diajak untuk pi Usrah tidak mahu ke Usrah kerana tidak tahu apa itu Usrah.

Tapi yang lebih kelakar, yang buat-buat tak tahu pun ade.

Satu persoalan,

Kalu tak tahu, kenapa tak cuba ambil tahu?Ape kate kalu join dulu..

Erm..

"TAK KENAL, MAKA TAK TAHU"

Bagi yang tak tahu, meh cni saye bantu anda untuk lebih tahu.. 

Wah, banyaknye perkataan 'TAHU'..

Baiklah..

Perkataan usrah berasal daripada kalimah Arab, iaitu (الأسرة) yang bermaksud keluarga. 

Dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau lebih sedap, Famili. :)

Dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam, usrah ialah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.
Dari segi istilahnya pulak, usrah bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud;
“ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."
Info:)
Pembentukan Usrah pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi-Arqam. Dalam usrah ni, Rasul mengajar kepada mereka yang hadir tentang setiap ayat Quran yang diturunkan. 
Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.
Usrah selalunya di buat dalam satu halaqah iaitu, bulatan seperti berikut ;

Usrah tidak hanya terbatas kepada perbincangan berbentuk agama je. Malah, dalam usrah boleh cerite macam-macam. Boleh kongsi macam-macam. Selagi mana ia berkaitan dengan ilmu. 

Boleh juge Usrah ni dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat antara sesama ahli.

Maksudnya, sesi kaunseling pun boleh di lakukan la ye?

Yes, sudah semestinya! :)

Kiranya, Usrah buleh juga dikatakan sebagai aktiviti kaunseling kelompok, atau berkumpulan.
______________________________________________________________________________________________

TUJUAN USRAH

Manusia tak boleh berdiri berseorangan. Mereka memerlukan pembimbing setiap masa.
Adakalanya kita tak sedar langsung dengan kesalahan yang kita buat. Jadi, Usrah merupakan medan tarbiah untuk kita saling ingat-mengingati dan saling muhasabah.  

Dengan usrah wujudnya ukhuwah, secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara ahli apabila aktiviti usrah dilakukan secara istiqamah.

Mendekatkan diri kepada ALLAH swt. Ilmu yang dikongsi akan menyedarkan kita betapa kerdilnya kita, betapa sedikitnya ilmu kita, dan betapa banyaknya ilmu ALLAH swt. Semakin kita tahu, semakin banyak pula kita sedar bahawa masih banyak perkara lagi yang kita tak tahu.
______________________________________________________________________________________________

ADAB-ADAB USRAH


1. Ikhlas
Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya, maksudnya: 
Dan tidaklah mereka tiadalah disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul). (Al-Bayyinah, 98:5)


Sabda Rasulullah salallahu alaihi wassalam, maksudnya: Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang dia niatkan. (Mutaffaqun'alaih)
 
2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala, maksudnya: 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (An-Nur, 24:27)

3. Menepati Masa
Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat. (Mutaffaqun'alaih).

4. Suci
Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna. Maksudnya: 
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya. (Muslim) Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib Jika Tidak Hadir
Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk (a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja, (b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu, (c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan (d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.


6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan
Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: 
Maksudnya: Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Israk, 17:34) Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis
Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu) . Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan Ukhuwah
Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri." (Muslim)

9. Menuntut Ilmu
Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga. (Muslim)

10. Duduk dengan Sopan
Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat. Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong). (Al Hijr, 15:88) Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita. 
Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya: ... Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Muslim) 

11. Fatihah dan Selawat
Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis: Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka. (Tarmizi) Nota penyunting: Berselawat tidak menjadi amalan usrah saya pada masa lalu, sama ada semasa saya menjadi ahli, naqib atau penasihat. Saya mesti membetulkan keadaan ini. Seorang sahabat usrah saya, Samsudin bin Basar, memberi komen bahawa permulaan usrah nampak selari dengan rukun khutbah. Tambahan: Alhamdulillah, pada 11 Februari 1999, apabila saya berpeluang menggantikan naqib, saya telah melaksanakan hal ini.

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis: 
Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya. (Bukhari dan Muslim)

13. Bertanya dengan Izin
Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Apabila Sangat Perlu
Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara
Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman, 3:19) 


16. Tenang dan Serius
Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis: 
Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya. (Mutaffaqun'alaih)

17. Jangan banyak Bergurau
Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja. Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok
Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini. 

19. Jangan Banyak Soal
Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis: Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka. (Mutaffaqun'alaih)

20. Izin keluar Majlis
Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang muafik.
Firman Allah, maksudnya: 
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur 24:62)

21. Jangan Bertengkar
Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman, maksudnya: 
Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Oleh Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat, 49:10) Firman Allah lagi, Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (Al-Anfal, 8:46)

22. Berusaha mengenali sahabat
Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya. Maksud hadis: 
Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya  beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu." (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

24. Bersalaman
Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t., maksudnya: 
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (Ali Imran, 3:134) Firman Allah s.w.t. lagi: Maksudnya: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh." (Al-A'raf, 7:199)

25. Bersegera Pulang
Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.


26. Menjaga Rahsia Jemaah
Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.
Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment