Awat kata camtu?
Tahu tak,
Menganggap diri sial disebabkan oleh sesuatu tempat, waktu, atau seseorang ialah sikap dan kepercayaan warisan Jahiliah yang dilarang dalam Islam.
'Eisy, malang betul naseb aku. Ini sume hang punye pasai!'
Sikap dan pegangan hidup sedemikian pernah berlaku kepada zaman Nabi Soleh a.s mereka berkata yang bermaksud:
"..Kami merasa sial sebab kamu dan orang-orang yang bersamamu."
(surah an-naml: 47)
Fir'aun dan kaumnya bila mereka ditimpa sesuatu musibah je, dorang teruih menganggap kesialan mereka itu kerana Musa dan orang-orang bersamanya.
Selanjutnya, Allah menerangkan betapa orang kafir time mereka ditimpa bencana, on the spot menempelak para da'i (pendakwah) dan Rasul. Kononnya, merekalah punca bencana tersebut tertimpa keatas mereka.
Firman Allah yang bermaksud:
"Penduduk bandar itu berkata; "Sesungguhnya, kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (daripada menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai daripada pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(Surah Yasin: 18)..
"Rasul-rasul itu menjawab; "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada dengan kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kau katakan itu)? (kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau."
(surah Yasin: 19)
Kat seluruh dunia sekarang ni, ramai memperjuangkan hak dan cuba memerangi kebatilan, tapi mereka telah dizalimi. Ada yang mati ditembak, ada yang syahid di tali gantung, dan ada yang disumbat ke dalam penjara.
Nampaknya, suasana jahiliah masa lalu telah berulang kembali .
Orang-orang arab jahiliyah dalam menolak pelbagai bencana, mereka mempunyai doa' yang panjang dan bermacam-macam kepercayaan. Kemudian apabila Islam datang, kesemuanya itu dikikis habis demi membuka minda dapat berfungsi dengan sewajarnya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Bukan daripada golongan kami sesiapa yang merasa sial, atau minta diramalkan (melihat nasib) atau minta ditenungkan, atau menyihir, atau minta disihir." (Riwayat al-Tabrani)
"Membuat garisan di tanah, menganggap sial kerana alamat dan melempar batu kerikil kerana ada suatu kepercayaan, adalah termasuk menyembah selain Allah." (Riwayat Abu dawud, al-Nasai dan Ibnu Hibban).
No comments:
Post a Comment