SubhanALLAH
walhamdulILLAH
wa la ilaha illALLAH
wALLAHU akbar!
ALLAHumma solli a'la Sayyidina Muhammad
wa a'la ali Sayyidina Muhammad.
"sesungguhnya ALLAH menciptakan Malaikat, sayapnya yang sebelah mencapai bumi sebelah timur dan sebelah lagi mencapai bumi sebelah barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk ALLAH. Ketika seorang lelaki atau perempuan dalam kalangan umatku membaca selawat kepadaku, maka ALLAH akan memerintahkan Malaikat agar menyelam ke dalam lautan Nur di bawah A'rasy. Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu, ALLAH menjadikan Malaikat yang memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai hari kiamat."
Terdapat dalam kisah bahawa seorang lelaki melihat sejenis makhluk yang mengerikan, lalu dia bertanya; "siapa engkau?" Makhluk itu menjawab; "Akulah amal yang buruk." Lelaki itu bertanya; "Apakah cara untuk aku selamat daripada engkau?" Makhluk itu menjawab; "Dengan membaca selawat Nabi SAW."
Rasulullah SAW. Bersabda;
"Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa yang membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat 80 kali, maka ALLAH akan mengampunkan dosanya setahun."
No comments:
Post a Comment