Monday, January 17, 2011

Dakwah Melalui Karya.

Alhamdulillah :)

Dakwah, ape tu dakwah? ;

Mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga, dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.

Menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Secara kebahasaan, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja da’a-yad’u yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah sering dirangkaikan dengan kata “ilmu” dan kata “Islam”, sehingga menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-da’wah al-Islamiyah

Ta perlu untuk saye terangkan maksud dakwah tu dengan lebih mendalam. Mungkin Pembaca da taw dan gambarkan camne dakwah tu dibuat.

Tapi ape yang menariknya ialah cara penyampaian dakwah tu.

Di Kepulauan Melayu dulu, Islam disampaikan dengan perantaraan perdagangan. Para dai'e telah datang ke tanah Melayu dan  menyebarkan Islam sehingga masyarakat Tanah Melayu telah berjaya siilahkan pada abad ke-7 Masihi.

Maka, boleh la dikatakan perdagangan ialah salah satu alternatif dakwah pada waktu itu.

Dakwah tidak terbatas kepada sesuatu cara

Ia boleh juga disampaikan dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk;
  • Akhlak
  • Penulisan
  • Pengkaryaan
Dan boleh pula dengan perantaraan;
  • Media Massa
  • Media elektronik
  • laman Sosial (facebook, myspace, twitter dsb)
  • Buku
  • filem
  • Kanvas
Dan sebagainya..

Jadi, takde masalah nak berdakwah. Dan tidak pula jadi masalah untuk meninggalkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Tapi, dalam berdakwah, kita jangan lupa untuk islahkan diri kita jugak, Allah swt berfirman;

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?"
(al-Baqarah:44)

Dalam satu hadith Rasulullah saw,

"Ilmu ada dua macam, ; pertama, ilmu yang hanya ada pada lidah yang merupakan hujah Allah swt keatas anak Adam, kedua ialah ilmu yang menyerap ke dalam hati-itulah ilmu yang paling bermanfaat"
(diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Bakar al-Baghdadi).

Jadi, dalam lurusnya kata-kata, jangan pula lupa untuk mengamalkannya.
Saya mengingatkan diri sendiri.


Tidak pule kegiatan dakwah ni terbatas kepada para Pendakwah dan Ulama je. Kite kene ingat, kita ni umat Nabi Muhammad saw. Kite penyambung tugas kenabian iaitu, menyampaikan risalah Islam dan Iman . 


Perlu juge diingatkan bahawa tidaklah perlu menjadi orang alim dan sempurna terlebih dahulu, pastu baru na lakukan kegiatan ni.


Apa-apa je yang anda ketahui tentang agama hendaklah anda sampaikan kepada orang lain.


Mudah kan?


Allah mengiktiraf kita dalam tugas ni, firman Allah;


"Kamu(wahai umat nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) buat manusia (kerana) kamu menyuruh manusia berbuat segala yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah swt"
(A'li-I'mran:110)


"Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh orang berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat sedemikian ialah orang yang berjaya." 
(A'li-I'mran:104)


Maka, salah satu tugas kita dimuka bumi ini adalah untuk menyampaikan dakwah.


Saye ada pernah terdengar bahawa;


Bumi dan seisinya perlukan Islam. Jika tiadanya Islam, maka, tiada makna bumi ini diciptakan.
Malah,
Orang kafir sendiri pun perlukan Islam.
tapi,
mereka bongkak dan tidak mahu buat research tentang apa sebenarnya ISLAM.


Maka, kitalah yang bertanggungjawab untuk bantu mereka membuat research tersebut.


Jadikanlah bumi ini medan dakwah, gunakanlah apa medium sekalipun untuk menyampaikan risalah Islam kepada semua.










ISLAM IS THE WAY OF LIFE!

No comments:

Post a Comment